Selasa, 29 Mei 2012

*BERASA BERTUAH DI LAHIR KAN*


Saya macam baby,saya anak manja dan bagai nya dan seangkatan dengan nya..saya tetap tersenyum walau apa pun gelaran di beri kerana saya masih lagi ada mak dan abah..saya tak pernah merungut walau sesaat di kongkong bukan bermakna mereka tak sayang kan saya..tetapi mereka terlebih prihatin kan?rimas?tipu kalau aku cakap aku tak rimas..jeles?jeles dengan kawan lain adalah kot tapi kawan jeles dengan layanan pamili dekat aku lagi ramai kan..tak pernah rasa malu hang out dengan pamili sebab rasa lagi  selamat kot dari korang yang keluar dengan kawan yang tak tau hati budi dia..tak salah pun korang kuar dengan member tapi bagi aku lagi selesa keluar dengan pamili sebab dia faham perangai aku macam mana..now umur dah 20 tahun tapi still semua benda pamili tentu kan..silap-II esok jodoh pun mak dan abah tentu kan tak jadi kawen dengan CINTA kesian dia haha..kalau mak abah je yang control hidup tak apa lagi ni semua bagai nak tau apa aku buat saya masih KECIL lagi kan..tapi walau apa pun keadaan mereka tetap dengan aku..jahat aku pun mereka tetap terima kan..dulu aku happy sangat sebab ada KAWAN BAIK yang selalu ada dengan aku tapi sekarang happy aku dah sikit sebab KAWAN BAIK aku dah tak ada.."atok angah rindu atok.."

*PANGGILAN MEREKA PENGUBAT RINDU*



Sepatut nya hari ni cuti tapi datang kerja sebab nak ambek gaji tapi macam hampeh dah pukul 1 lebih bos botak tu tak antar lagi gaji..macam tunggu bulan jatuh kat atas tapak tanggan aku ni benci gile wei!!pagi ni cuaca agak mendung sebab dia faham hati aku yang sedang rindu kat semua orang termasuk arwah atok dan CINTA so tolak ke tepi je sebab rindu tu hari-II de dalam hati aku ni kan...pagi-II tadi lagi mak teh call biasa gosip dengan ANAK DARA sorang dia ni tak lupa gosip ngn adik dia(mak aku)..insyallah kalau tak ada aral yang melintang 24 aku akan ke sg.buloh selangor untuk pergi kenduri anak wan chu aku..insyallah ramai akan berkumpul kat sana meriah gile lah tu kan.So tadi tengah boring call pula si BABY adik sepupu kat ipoh tu macam biasa lonely je dia  kat rumah babah keje,ibu class dan along dia ada kelas tambahan everytime aku call dia mesti cerita pasal BABY RABBIT dia tu je..kesian baby rabbit dia sakit lah,mati lah,sejuk lah bagai nya lah..dari call tu lah kami berhubung yang jauh-II walaupun sebenarnya tak sama-II kita face to face tapi keadaan dan masa masing-II berbeza antara satu sama lain jadi nak tak nak kami jarang bertemu dan insyallah 8/4 ni kenduri kat rumah my abah kat kg.lakai harap-II lah anak-II buah lelaki abah balik untuk menyibuk kan rumah ye lah masing-II oran bandar anak manja semua malas nak buat kerja yang kena balik adik beradik lah..hakikat nya nak  NAK LENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG NYA..lagi satu masing-II dah besar tak kan tak boleh pikir badan masing-II macam badak air dah..tolong matang sikit lah wei..jangan malas sangat..jangan nak ego sangat..pandai kau pun aku tak kisah tapi tolong buka mata dan hati ok..

Isnin, 28 Mei 2012

*SEDIKIT KECEWA*


SERIUS!!!!aku kecewa dengan kau kawan kalau selama ni aku tak rasa sekecewa ni sebab aku boleh faham lagi dunia kau tapi bila kau tunjuk gambar kau tadi kat aku memang rasa hati aku berkecai gila..aku sayang kau macam adik aku..kalau aku cakap kau marah sebab kubur lain-II sebab kubur lain-II lah aku tegur kalau satu kubur aku boleh tolong dengar rintihan kau dan bagai nya kalau apa-II terjadi dalam kubur tu aku tak dapat tolong kau..tapi percaya cakap aku baik buruk kau..kau tetap kawan aku sampai bila-II walaupun tadi kita sempat borak-II sekejap rindu aku terubat juga..hope kita dapat out sesam makan kfc ke..i miss u bff!!

*TIDAK MAMPU MENERIMA KETENTUAN NYA*



Macam biasa semalam balik pukul 10 pm sampai rumah 10:30 pm lah semua bagai lah so macam biasa mandi dulu lah kan tak kan nak terus baring atas katil..so semalam tengah mandi memikir kan cuti yang harus aku ambik untuk kenduri kat rumah 8/6 nanti untuk tahlil arwah wan,atok dan kenduri doa selamat untuk pak lang dan semua lah untuk ahli keluarga yang dah pergi..tetiba aku nages bagai kan orang gila dalam toilet seolah-II rasa atok masih ada tapi mana?aku tak nampak dan tak jumpa,aku macam tak percaya yang atok betul-II dah tak ada,lama ngak aku nages dalam bilik air tu..sampai bersila dalam bilik air.Lalu aku kesat air mata dan gagah kan diri tabah kan hati bangun lalu masuk dalam bilik sampai dalam bilik tetiba perasaan tadi datang lagi..tengah dok sms dengan CINTA aku menangis lagi nak jerit tapi takut nanti mak abah terkejut tapi serius aku dah tak tahan hidup dengan merindui atok aku!!tak da sapa yang tau aku menangis setiap hari dan setiap jam..memang susah nak mulakan hidup tanpa orang yang selalu ada dengan kita yes!aku ada mak dan abah tapi kasih sayang mereka tak sama macam arwah atok dan wan..semua ni ujian kan yang esa bagi kat aku..untuk atok kak ngah masih merindui atok..biar lah memory dan mimpi jadi pengubat nya..al-fatihah untu atok(HJ NASIR BIN SUDIN DAN HAJAH ZABEDAH BT MA'AMOR)

*BERJAUHAN..*


Baru sudah call si baby adik sepupu yang kat IPOH tu semalam call abang dia hari ni call dia..umur dah 13 tahun tapi still panggil baby dan masih manja dengan akak dia ni..so tadi macam biasa tajuk yang sama aku cakap dengan dia RINDU.2 minggu lepas balik aku tak jumpa pun dia sampai dia cakap "kak ngah ni dah keje sibuk je nak jumpa baby pun tak dapat..tak sayang baby tak rindu baby"(suara manja)..bukan tak rindu kamu baby bukan tak sayang kamu baby tapi masa tu kak ngah ni baru je masuk keje..korang balik pun sampai 5 pagi mana nak tau..so tadi nak pujuk hati dia,tanya lah pasal rabbit dia yang comel dari china tu..tanya tentang baby rabbit dia..dia say "kak ngah cian baby rabbit tu..dia nak cari nenen ibu dia pastu dia tersepit" tak pe lah jangan baby kak ngah ni tersepit sudah kesian juga tengok 2 beradik tu macam terabai je ibu dan babah dia sentiasa sibuk sorang pensyarah sorang lagi sibuk outstation tak pe lah sayang untuk korang juga cuma sekolah elok-II ye..lepas habis cakap tadi dia pun nak pergi tusyen..insyallah satu hari nanti kak ngah akan ada seperti dulu di sisi korang yang penting 8/5 ni kenduri balik ye sayang:(

*MASAK KAT OFFICE*


Hari ni kat tempat kerja aku dah siap beli satu set dapur gas untuk kita orang masak so hari ni aku terlebih rajin main masak-II kat tempat kerja aku kat rumah tak rajin pulak kan..bukan tak rajin tapi dah mak yang nak masak takan aku nak masak lagi kan..hehe..so tadi aku masak kangkung masak kicap(tak berapa jadi).tauke masak kicap campur tahu dan goreng sotong tepung memang best gila teringat masa kat rumah arwah atok main masak-II dengan adik mizan,bella,baby dan along syazwan.Petang ni pula kami masak nuget,roti telur dan macam-II lama sok gemuk aku balik ni pun dah gemuk rasa nya dah mula rasa sendat-II..dan sekarang tengah berpeluh-II baeu sudah main badmintan..ok aku busuk nak mandi tapi kat tempat kerja haha..

Ahad, 27 Mei 2012

*RINDU KAU GILA*




YA ALLAH peluk lah jiwa aku ni saat aku mula merindui mereka semua!!dalam sibuk dok buat kerja dan online sempat gosip dengan adik sepupu syazwan yang dekat lumut perak tu..taun ni PMR buat elok-II sayang ye kak ngah kau sentiasa doa kan untuk korang semua..serius saat bercakap dalam fone dan chat at fb menitis air mata kerinduan..dah besar dah dia dah pandai lepak-II kat MCD naik basikal FIXIE suara pun dah remaja tinggi nak sama level dengan akak kau ni..satu je yang kau tak berubah cara kau cakap dan manja kau tetap sama macam dulu kita tetap adik beradik arwah atok kata walaupun sepupu..cuma yang kak ngah kau risau kau berubah adalah kau nak tidur dengan kak ngah lagi tak?hahaha...rindu adik dia BABY semua bagai lah bila dah kerja baru aku faham masa  untuk pamili besar dan CINTA tak selalu ada kan..kalau cuti sekolah macam ni kita semua selalu pergi pulau pangkor or kumpul rumah arwah atok or rumah kak ngah buat sakit hati mak ayah dan arwah atok kan?korang tak rindu ke masa kita kecik-II dulu!!!nak nages wei tulis benda ni tolong faham kak ngah rindu korang semua!!
SOPAN TAK?
HAHAHA..pic ni masa last taun lepas time adik-II sepupu aku semua dah balik ke rumah masing-II..masa ni tengah imbas kembali semua gambar dengan dia orang semua dan menitis air mata masa tu susah nak mula kan hidup tanpa dia orang..tapi kalu tengok balik semula dan tengok baik-II aku tatap gambar aku sendiri..yeah!!




*MAKAN ICE CREAM*


MAKAN

SEDAP

PENDEK SUDAH

NYUMM

THANK YOU RANI





*BOSAN*




Selalu pagi-II dah cakar blog tapi hari ni lambat sikit sebab banyak hal sikit dengan nak set up barang baru sampai,masuk harga dalam sistem..pastu bos ibuk soh call suplier pastu si CINTA memekak nak bercakap,cakap lah sangat aku bukan nak dengar kau bebel kesian kau abang kereping:p..so baru sekarang aku nak cakar blog sebab dah boring kerja semua dah siap hari pula ahad mana ada sangat pelanggan..sebab banyak umah kenduri kau mak abah aku pun pergi..kesian aku tak dapat makan lauk kenduri yang paling kesian aku tak dapat tengok pak cik aku kawin!!!!aku sedang kunyah ice cream drumstick coklat memang best panas cam gini  makan ice cream...walaupun tekak sedang sakit biar kan sahaja...

Sabtu, 26 Mei 2012

*MERANCANG SEBAIK NYA*






Ok semalam aku keluar outstation dengan kawan satu tempat kerja so dalam perjalan pergi dan balik macam lah di bincang kan dia dah khawin so aku ambek iktibar dari kisah dia..dan aku sekarang dah pun merancang sebaik mungkin dalam proses ambek lesen kereta sebab sampai bila nak bawa kereta tanpa lesen,nak beli kereta sebab sampai bila nak pakai kereta abah dan atok,nak mohon rumah mesra rakyat sebab sampai bila nak duduk rumah abah..dan khawin?hati KAMI belum terbuka untuk mendirikan MASJID insyallah dengan izin ALLAH dan ABAH kami akan bersama.Aku cuba berfikiran jauh sebab ajal mak abah kita tak tahu kan bila?sekurang-II nya aku dah ada bekalan bila mereka tak ada dan kak long dan adik tetap akan bersama aku susah senang sedih gembira sebab dia adalah insan terdekat dan akan membantu aku bila di alam lain nanti..insyallah aku akan ingat diri sendiri supaya tiada bermasam muka di antara kami dan aku kena kuat seperti seorang ABANG sebab kami tak ada abang..cuma abah lah HERO kami kat dunia dan PEMAISURI  kami adalah mak.

Jumaat, 25 Mei 2012

*KAWAN KENA IKLAS*

MOHD HANIF B KHALID
Dari form 4 sampai sekarang aku masih still kawan dengan kawan kena iklas aku rasa dia kami berkawan iklas sebab walaupun orang cakap dia macam-II dan orang cakap aku macam-II kami masih berkawan cuma sekali je kami pernah bermasam muka sebab MULUT PUAKA tak silap masa form 5 kot..dan sampai sekarang kami masih berkawan masih berhubung share masalah dan segala nya bagi aku selagi aku mampu tolong dia akau akan tolong..sebab bagi aku dia tak pernah lagi TIKAM BELAKANG atau seangkatan nya..last aku jumpa dia bulan 2 minggu lepas kot sebelum dia balik KL untuk kerja dan kami hanya mengubat kerinduan melalui sms dan call..dan cuba merancang untuk berjumpa kat seremban atau kat mana-II.






NOR HAFIZAD B ABDUL RAHMAN

Dia pun sama tapi yang ni aku sayang sikit dari yang atas(sama je) kami last jumpa 7/5 kat terminal 1 teman shoping baju raya masa tu pula gaji so belanja lah sehelai baju untuk dia apa salah nya kan..lagi pun dia tak ada mak,mak dia pass away masa form 4..satu lagi kita orang makan kfc masa tu aku juga yang belanja tak kisah lah kan untuk kawan kita je..mana tau satu hari kita susah dia akan tolong (tak harap balasan) sekadar suka-II je.

*IMBAS KEMBALI*

ATOK+ALIF




 Walaupun dah dekat 1 tahun atok pergi tinggal aku dan yang lain tapi 4 hari yang dia koma kat rumah aku..aku masih dapat kan rasa dan terbayang everyday sebab sepanjang sakit dan nazak isnin-ahad aku masih ada di sisi dia suap makan,minum,mandi,tukar lampin,panggil nama,ajar mengucap semua aku yang lakukan walaupun mandi kan bukan tugas cucu perempuan tak pernah merungut sikit tak pernah rasa geli ke nak muntah ke sebab aku rasa biasa..selama ni pun atok dah banyak berkorban untuk aku lebih dari seorang cucu!bagi aku dia lah racun dia lah madu..segala susah senang gembira sedih kami kongsi bersama atok dah macam abah aku..walaupun kadang-II ada sedikit perasaan cemburu di antara sepupu dan pak cik mak cik pada aku hakikat nya korang tak selalu ada kat sebelah atok tak pernah nak rasa kesepian atok kesusahan atok kesakitan atok semua atok tempuh dengan aku dan pamili ..yup korang sibuk dengan kerja tapi ingat wang bukan segala nya..setaun sekali korang balik tak berbaloi ok!yup bila dia pergi korang tak rasa tapi aku sebab hari-II kami bersama..so sampai bila aku tetap rindu atok!!



OPERATION KAT RUMAH AKU..KAKI ATOK
Masa ni hari rabu tetiba aku tengok kaki atok semakin teruk masa tu atok dah tak sedar kat rumah aku cuma mampu jawab bila orang panggil nasib baik mak cik aku yang kerja pensyarah kat KSKB ulu kinta dapat call doktor datang rumah..serius masa tu atok di bius bayang kan doktor tu korek daging yang busuk keluar kan sakit kan?atok dapat rasa dan masa tu atok paut aku kuat-II serius masa tu aku pun nagis aku dapat rasa kan kesakitan tu sampai aku cakap kat doktor "tak payah lah buat kalau sakit atok saya" tapi kena buat juga kalau tak nanti semua merebak..jumaat atok meninggal selepas solat jumaat..memang rasa dunia dah tak ada apa-II bila pak lang,mak,mak teh dan acu bagi tau aku atok dah tak ada...sampai hari ni aku akan imbas saat bersam atok..

*BARU FAHAM*



Bila aku dah kerja baru aku faham masa untuk CINTA terhad kadang satu minggu tak text tak call dulu aku cuma pandai merungut/merajuk tak tentu pasal/cemburu buta semua pikir negatif padahal orang tu kerja..susah nak cari orang yang tahan dengan kerenah aku yang mampu melayan perasaan aku perangai..dah nak masuk 5 taun alhamdulilah kami masih bersama walaupun berjauhan kami fahma masing-II masih muda dan nak kejar impianmasing-II.Walaupun kadang-II rasa sedikit terkilan dalam hati hari-II penting tak dapat sambut kadang terlupa (aku je yang lupa)..mungkin ALLAH bagi ujian semasa kami masih bercinta untuk menguji kekuantan pada hari kelak insyallah dengan izin ALLAH jodoh tak ke mana..cuma diri ni kena ingat batasan dan tingka laku walauppun kita yang buat tempias nya terkena pada mak dan abah kelak..bagi aku pula perempuan sifat MALU tu mesti walaupun dalam keadaan sukar..hope satu hari ni kami bersama dengan izin ALLAH dan ABAH amin!

*WATAK-II UTAMA MEMAINKAN=MAMPU MEMBUAT DIRI INI TERSENYUM*

gedik syazwan
*BAJU HIJAU=ADIK SEPUPU DAUS,BAJU MERAH=MY KAK LONG,BAJU  KUNING=ANAK BUAH AINA,BAJU OREN=ADIK SEPUPU ANIP DAN BAJU HITAM=MY ADIK BELLA.

*OUTSTATION*



ok semalam de meeting dengan bos mydin dan ambek barang kat mydin..memang penat gila dan memang meeting semalam rasa nya dah habis semua problem aku bentang kan..selesai dalam pejabat luar pejabat berbincang lagi.Hakikat nya kalau aku sorang je yang faham pe yang mydin terang kan pun tak guna kalau si PEGUIN tu tak faham sistem dan proses yang patut di guna..dan baru semalam aka tau selama ni segala order dia salah kan aku k fine aku bukan pekerja yang baik macam ORANG tu  kan!serius aku memang sentap dengan pe yang dia buruk kan aku..walaupun dia bayar gaji aku tapi tolong hormat aku,dah lah dok BANGGA cerita kat budak-II mydin memang gempak memang terkedu aku di buat nya.Bila aku suruh pergi mydin jumpa bos mydin tak nak dok sibuk buat benda lain balik salah kan aku atau mydin kat mydin salah kan aku jadi yang duduk kat tengah-II tu aku..aku lah yang teruk kena marah/di salah kan/tak betul senang cerita aku yang tak elok.Kalau dah tau aku tak reti buat kerja ambek pulak aku..yang nampak buat keje/rajin/elok/pandai semua nya yang positif ORANG  tu je habis aku ni yang bersusah payah dari pagi sampai ke malam kau tak nampak yang terkejar-II masa yang angkat barang macam orang lelaki semua benda aku tak de pula kau nampak nak puji or naik gaji..kalau tak nak puji or segala nya tolong jangan burukan aku ok..nak ke aku buruk kan kau..nanti kot malu.Serius bila aku respect kau kau pun kene buat benda yang sama lah kan aku ok..pasal aku keluar waktu kerja kau nak marah merajuk bagai aku keluar atas dasar kerja jangan lah jadi budak ok!!!!

Khamis, 24 Mei 2012

*"ABANG" DAN ATOK*



kadang-II tertanya pada diri sendiri adakah aku bakal mendapat seorang 'ABANG' yang yang sekuat abah,setabah abah,semampu abah,sealim abah senang cakap semua nya seperti ABAH..tidak dapat bayang kan kalau jika aku mendapat 'ABANG' tidak seperti ABAH siapa akan membimbing dunia akhirat aku,melindung aku di dunia memberi kekuatan saat aku diuji siapa yang akan memarahi aku jika aku salah dan siapa yang akan ambil berat tentang kesihatan?persoalan itu selalu berpusing di kepala suatu masa ABAH akan lepas kan aku pada yang HALAL di saat itu air mata gembira dan sedih bersatu begitu juga ahli keluarga menagis gembira dan sedih kerana terpaksa melepaskan BUDAK MANJA pergi dengan INSAN HALAL nya..cuba di saat aku DI LEPAS kan kepada yang HALAL aku terkilan kerana tiada insan yang uzur duduk di atas welchair melihat aku di atas mahligai cinta kami..atok...pergi nya masih lagi segar dalam ingatan dan setiap nafas ku merindui nya,aku sanggup untuk kehilangan cinta dari hilang seorang SAHABAT,AYAH.ATOK dan KAWAN GADUH! 

masih terbayang arwah atok berada atas kerusi tu..terasa hilang tujuan hidup hilang tempat berpaut hilang segala impian dalam hidup yang pernah kami berdua janji dan ucap kan..terima kasih ya ALLAH kerana memberi ujian sehebat ini kepada hamba yang lemah ni walaupun sukar menerima nya tapi yang nyata ia sudah pergi tinggal aku.Di saat kami baru merai kan ahri pertunangan kak long aku pergi tanpa sebarang ucapan 5 hari atok koma di rumah di hati mengharap atok akan kembali seperti biasa kerana tiada sebarang tanda ia akan pergi..mungkin di sebab aku terlalu mengaharap ia memberi tamparan dan kesan yang hebat sampai ke hari ini..terlalu manja dan rapat bersama nya itu lah akibat bila ia pergi aku hilang tujuan hidup!8/4/2011 tarikh yang tak akan kami lupa selang sehari tarikh arwah wan pergi 6/4/2012..dulu mungkin membuat tahlil setiap tahun pada 6/4 untuk arwah wan tetapi untuk taun seterus nya ia untuk 2 insan yang aku sayang.Di saat atok di letak ke dalam liang lahad hati berkata "tiada tok lagi untuk aku tatapi...selamat tinggal" hati seperti di robek menyesal,takut dan bermacam rasa kerana selepas itu aku tiada lagi atok untuk bermanja!

*THANK YOU ALLAH*


 ok tak tau kenapa tengahari ni aku rasa nak menangis sepuas hati dan memerlukan DIA di sisi aku..perlukan wuduk+sejadah+telekung=solat..terasa jiwa ni sepi dan merindui seseorang yang tak akan kembali kepada aku ATOK pergi saat baru keputusan SPM keluar.Sepatut nya selsema dah berhenti tapi di sebab hati sunyi air mata keluar dengan banyak begitu juga lendir di hidung..dan besok kene meeting ke mydin dapat jumpa ORANG GILA..so kena siap awal untuk ke sana.Dan aku cuba gagah kan hati ini dengan setiap ujian yang di beri baik dalam menuntut ilmu,pekerjaan dan hal peribadi..dan aku berusaha untuk sempurna di mata DIA akar tenang di akhirat kelak,sekurang-II nya aku masih bersyukur dengan sokongan mak,abah,mak teh,pak lang dan acu yang sering berada di belakang dan memberi aku kekuatan untuk mengukir senyuman di bibir ni.dalam setiap langkah ku semua nya kerana izin DIA dan jika ada keburukan itu semua kesilapan aku bukan kerana DIA..dan aku cuba berfikir di luar sana ada yang lebih sedih dari ini.TERIMA KASIH YA ALLAH!!

Rabu, 23 Mei 2012

*AIN FITRAH*

                                                                                                     

who?pretty?cun?..but i think yes..dia de lah kawan baik aku juga dulu mase skolah rendah sme-II pastu sampai form 4 kami berpisah coz dia msuk ke teknik ye lah aku kan anak manja mane mampu ikut jejak dia yang boleh berdikari tanpa mak dan abah tambahan lagi dok hostel mau histeria rindu mak dan abah!after SPM kami berjumpa balik dan mengrapat kan kembali hubungan kami..dan dalam kami cuba mengrapat kembali hubungan kami pelbagai dugaan cuba menghalang nya..tapi aku gagah kan diri tidak menyalah kan dia dalam KES yang berlaku antara kami..walaupun pelbagai pihak memberi tangkapan buruk pada nya..buruk baik dia,dia tetap kawan aku..kami juga berkongsi masalah dan hal peribadi cuma sekarang aku tak dapat nak tau sape bf dia btw aku akan usaha kan kawan haha..SEBAGAI KAWAN BAIK MUNGKIN INI HADIAH AKU UNTUK KAU:)

*NAK TOSEI*


Hari ni aku teringin nak makan tosei..tak tau lah apasal sedang kan tiap minggu aku makan tosei..mb sebab demam ni kot.Aku dah tak larat nak layan rase demam ni dah nak masuk 3 minggu tapi tak kurang-II lagi asal lah agak nya...yang si 'BEST FRIEND' sibuk dok soh pergi klinik/hospital tak payah nak buat tak faham yang aku ni tak suka pergi klinik/hospital kalau pergi pun mesti dengan mak/abah..serius aku dah 20 taun tapi tak tau nak pergi klinik/hospital..sebab dari dulu sampai skang mak aku yang akan jawab semua pertanyaan doktor dan mak juga ikut masuk sekali..tak malu?mengada?..suka hati aku lah!dah dari kecil

*PAGI YANG SEDIH*



pagi ni agak sedikit sedih ingat dapat DATE dengan budak S tapi hancur hati aku sebab dia kene pergi KL selama sebulan meroyan lah aku tak dapat gaduh dengan dia..jumpe dia..tengok muka dia..dan sebagai nya arghhhhhh...baru malam tadi jumpe makan buger bagai dia belanja arghhh rindu kau nanti wei..sape nak tolong aku angkat barang lepas ni..kau janji nak tolong aku..alahai gambar je lah pengubat rindu kau ye

*CIK 'H'*


Ok semalam rase hari yang paling sengal dan happy..pertama sekali nak ucap thank kat CIK 'H' sebab sanggup melayan kerenah saya selama 5 tahun walaupun saya banyak menyalah kan awak dalam setiap perkara sedang kan salah saya kan tapi awak mengalah je..saya harap awak akan ganti tempat abah saya dan jaga saya macam mana ABAH-II saya jaga saya.Walaupun demam semalam macam nak mati dah tak larat nak bercakap dan bergerak tapi KERANA CINTA!aku gagah kan diri MENYUSAH kan CIK 'H' demam kali ni macam teringin nak makan..dah nak bende yang buka-II plak tu kesian kau CIK 'H'.Semalam dapat juga lah beli baju dalm 4 helai that malam antar kawan dari sabah berubat..tengah-II malam cungkil kunyit dalam tanah..memang kelakar gila budak tu plak tak reti btw thank MIN belanja burger!!

Selasa, 22 Mei 2012

*BARU DAPAT CUTI*

Hari turn aku cuti tapi tetap datang kerja sebab nak fax order kat budak mydin dah lah datang kerja dengan baju tidur sengal x..aku malas nak tukar baju sebab kang balik rumah juga kan.So hari ni ni ingat nak jalan-II ngn mak kejap nak beli barang kalau badan tak penat dan mase mengizin kan akau nak pergi rumah pak lang kesian dia rindu kat anak dara sorang dia ni tapi hakikat akau pun rindu ABAH aku tu juga.Adik yang si amizan pun exam minggu ni so ingat nak juga tengok-II kan juga ye lah tak ada adik lelaki tumpang lah adik orang kan:(

*COKLAT KAMI*

Dulu tak tau pun coklay ni sedap but one  day pergi  KLCC singgah petronas with 'BEST FRIEND' so dia lah yang ajar makn bende alah ni..yang best nya dulu dalam dia de link game kat internet sekarang rase nya dah tak ade kot suka kumpul link game dan plastik dia siap de tarikh lagi..bile kunyah coklat ni teringat pulak kat orang MELAKA dari dia lah abaru tau coklat tu best..btw sekarang dah kerja sussah nak makan coklat ni tapi kawan yang india si RANI tu suka beli tapi tu dulu time dia kapel ngn bf dia SATHIA tapi sekarang dah putus1

*RINDU MEREKA*


                                                                                                        
                                bukan nak cerita budak ni yang berlakon dalam cerita pe erk?lupa
                    plak tajuk nya..cuma mood aku sekarang macam budak tu kalau lah MEREKA
             tau betapa aku merindui mereka semua dan merindui semua memory bersama mereka.
seperti budak tu hati aku pun kosong sepi tanpa mereka semua..but today pak lang de call aku dari suara nya aku tau pak lang mengharap kan yang aku akan datang ke rumah nya tapi ape kan daya diri ini terikat dengan kerja..insyallah kalau mase mengizin kan aku akan pulang ke rumah nya..membuat aku lagi terasa apabila dia minta aku memebeli ayam kampung di pasar sebelah tempat aku kerja..YA ALLAH saat tu air mate ingin keluar tapi ku tahan kan dengan ketawa ku..antara dulu dan sekarang tiada yang berubah antara aku dan pak lang kasih sayang,kelakuan dan keakrabpan kami..mb sebab dia tak ade anak perempuan tu yang membuat aku dengan dia lagi rapat.Andai aku ada kuasa aku nak putar mase ke dulu supaya pak lang sihat seperti dulu dan aku berasa kesal dengan sikap aku yang tak dpat menjaga nya seperti aku menjaga arwah wan dan arwah atok..mereka selalu memberi aku semangat agar melupa kan atok dari kotak fikiran aku..tapi semakin aku cuba semakin lagi kuat ingatan saat kami bersama kalau ALLAH boleh PULANG kan atok kepada aku akan ku terima dengan seluas bumi tapi SETIAP YANG MATI TAK AKAN HIDUP SEMULA..orang kate tak baik menangis untuk orang yang dah pergi tapi kesedihan itu datang tanpa di undang dan tanpa dapat di halang.Aku boleh terima hakikat bahawa atok tak akan ada di sisi aku lagi..tapi untuk membuang dia selama-II nya dari kotak fikiran dan hidup aku itu belum pasti.AL-FATIHAH.
                                 

Ahad, 20 Mei 2012

*UNCLE PERINAN*



AYOOO!hahaha..ok pagi ni tempat kerja aku kena anatra barang ke satu tempat sebab besok de pengarah datang check kat tempat dia orang..so barang-II tu bos india aku yang antar alah yang aku cakap dia de cucu handsome tu:p.So dia pergi naik hilux ALK..mase orang drive tu dah start kereta dia dok sibuk nak antar helmet dia yang chantek tu dalam kedai kita orang...dalam dok sibuk urus kan helmet dia..hilux tu jalan tinggal dia kat kedai kita puas aku ketawa terbahak-II macam orang gila..jadi wajah uncle india lebih kurang macam gambar kat atas tu..botak dia pun lebih kurang je..pastu kawan aku yang india tu RANI kesian kan bakal atok mentua dia(gurau je)...dah lah parking moto kat tengah jalan..pastu rani alih kan,rani kan sayang atok mentua dia.

*LAMBAT DATANG KERJA*


ok pagi ni aku lambat datang kerja sebab..bangun lambat?tak aku lambat sebab kemas bilik yang dah macam sarang tikus bayang kan dah 2 bulan aku tak kisah kan bilik aku tu..pastu datang kerja ingat aku yang lambat rupa nya kawan aku si RANI tu pun lambat dah lah kunci dia pegang tapi tak lama pun dalam 10 minit pastu dia pun sampai..ketawa bersama sebab dua2 lambat datang kerja..hari ni kita orang kena siap semua fail,kemas dan prepare semua benda sebab besok de pengarah dari SKM nak datang jantung dup dap dup dap..takut kalau besok banyak pengarah tegur tentang etika dan tempat kami kerja..dan otak serabut besok nak pakai apa?ade kena mengena ke dengan pengarah nak datang dan baju yang nak di pakai?tak ada kan tapi aku suka merapu pikir sampai jauh-II..semua kita orang dah rancang tetang prepare kat kedai tapi datang si PEGUIN tua tu dia sesuka je leta barang kat tempat yang dia nampak kosong..cuba bayang bawang merah duduk sbelah sabu tak ke begong name nya..pastu dia letak ali cafe sebelah makanan kucing sebab kucing dia makan sabun dan minum alicafe sebab tu dia PEGUIN...PEGUIN makan ikan tapi dia makan MAKANAN ARNAB sebab tu dia jadi macam tu!!!

*MAIN INAI*

INAI TAPI BUKAN KAT TANGAN AKU!



kat tempat aku keje ni suke pakai inai sebab ape?sebab dah gatal nak kawen sangat kot!
eh xlah kita orang saje2 je sebab boring tengok tangan yang kosong tu..so kami corak kan dengan inai..nak ukir
chantek-II tapi tak reti btw de sorang kawan aku india(RANI) pandai corak kan...dan yang paling kelakar ari ni,de lah bos india aku tu dah pangkat atok kot kat aku umur dia 70 tahun tua gile kan..haha..aku gurau-II nak pakai kan inai kat dia pastu serius dia soh aku inai kan..dua jari je satu jari kelingkeng dan ibu jari.Pastu mase dia balik dia pegang kunci macam PEGUIN pastu mase nak pakai helmet cermin mata dia tercabut dari tempat nya kita orang gelak macam hantu..kesian UNCLE PEINAN jadi bahan kami gelak..pastu dia kan ada cucu handsome name dia ARU kot pastu kawan aku yang rani tu minat kat dia..tapi sebenar nya kita orang  tak minat saje gurau..tapi dia tu kan sombong sangat macam alah...macam ha!macam tak tau lah susah sangat aku nak bagi tau.

*TAK TAHAN DAH DENGAN SELESEMA*

COCA COLA




PADANOL

SERIUS!aku dah tak tahan dengan selesema aku yang dah 1 week ni asyik terbersin je mati juga lah aku nanti..bile bersin kuat,rase cam nak kuar jantung aku dan tetiba nafas aku terhenti k fine aku kena terima semua ni kan kesian aku..dah lah semua orang sedang MENGABAI kan aku yang tomel nie..semua dok sibuk pasal kenduri khawin cam dia orang je yang nak kawen..sedih aku ni!!jadi aku ambek keputusan untuk berhenti kan selesema aku dengan makan padanol rendam dan air gas tu bia lantak selesema tu TERBUNUH!!Agak-II bila kau nak kuar dari hidung aku ni wahai LENDIR?sebab kau akan membuat aku rase cam something kuar dari hidung lalu masuk ke mulut dan rase masin-II..euwww cam nak muntah jap..pagi tadi aku dah muntah mee tiouw pastu masuk balik mee tu mase makan tengah ari..geli+pelik..sengal aku beli yang baru lah tak kan muntah tu aku makan plak kn!kalau boleh aku tak nak selesema ni tapi aku yang cari dia sebab de satu malam tu aku nages sebab......sebab rindu atok aku..kesian aku ni!!ok balik pada panadol dan air gas tu rase dia memang best gile macam NASI BERIANI tak caya cuba buat korang try aku dah buat rase dia cam roti kebab asal aku tak dapat rase nasi beriani?sebab aku tak buat pun bende alah tu...k fine aku tak berani buat pun,saje merepek dalam blog KONON nya aku makan panadol dan air gas..so iktibar nya tak payah nak merapu makn panadol dengan air gas sebab nanti tak tau korang kat mane jadi terima wahai AKU YANG KAU SEDANG SELESEMA!!!

Sabtu, 19 Mei 2012

*ABANG SEPUPU KHAWIN*

PENGATIN BARU SAMPAI


ABANG DIN@KAK?

CAK LEMPONG




SYIRA@SYURA

BEBOLA SAYUR




KEROPOK LEKOR NIPIS





MEE TEOUW

MAMAM TIME!baru balik dari pasar malam depan tempat keje ni je dah penuh perut tak larat dah makan..badan penat dari seremban khawin abang sepupu pastu terkejar-II masuk kerja berlambak kerja atas meja sebab banyak barang stok baru sampai dari mydin.mase pergi kenduri tadi alhamdulilah dapat jumpa ramai sedara dalam gembira tu.Dan insyallah 8/6/2012 kat rumah my abah lakai akan buat tahlil arwah atok,wan dan kenduri doa selamat untuk pak lang.

Jumaat, 18 Mei 2012

*PERGI PASAR MALAM*



ok waktu petang aku mesti hati aku rase sepi dan rindu pada arwah atok..tu lah di sebalik kemanjaan ngn atok membawa akibat ke hari ni..sebab tak reti nak terus kan hari-II yang ada tanpa atok..btw aku tetap rindu kan atok aku.besok kami sekualarga akan ke seremban de kenduri kat umah sepupu mak..hope dapat ketawa rmai with mak teh skali dah lam tak jumpa sedara reramai tapi tak best pak lang dan adik mizan tak ada:(


*MOOD PELAMIN*

Petang yang amat bosan suara dah semakin elok kerana minum REDBULL cam tak munasabah kan!ok aku ni mb spesis pelik kot sebab kalau demam je mesti nak makan pisang emas and susu dutchlady..!see skang dah elok..besok date dengan my abang kereping kat rumah sedara ada kenduri so dia akan menghadir kan diri nya untuk saya di seremban hahaha...dah dekat 3 week tak face to face kesian kami..ramai dok tanya "korang bile nak naik pelamin ha" soalan tu kami tak boleh jawab sebab belum sampai di hati dan belum lagi mase nya lagi kot..walaupun dah masuk 5 year hubungan kami,insyallah akan kekal hingga akhir zaman dan bertemu di syurga.Buat masa skang masing-II sibuk dengan kerjaya masing-II aku plak dah dapat keje baru yang amat memenat kan..yang best nya hari-II berurusan dengan orang cantik dan nsem..aku cuma harap aku dapat berbakti pada mak dan abah aku.Dan insyallah aku akan hantar mereka ke tanah suci.walaupun gaji pertama aku arwah atok tak dapat rasa pak lang pun tak dapat rasa tapi sekurang-II nya mak dan abah aku dapat rasa tak lupa kak long dan adik aku..insyallah aku akan tabah kan hati dengan keje baru mi..dan cepat naik pangkat amin:*

Khamis, 17 Mei 2012

*DATANG KERJA DENGAN SENYUMAN*

Selamat pagi dan assalamualaikum kepada dunia alhamduliilah yang maha esa masih memberi aku bernafas atas muka bumi nya,walaupun hari ni badan tak sihat aku cuba untuk tersemyum kerana dengan senyuman itu insyallah aku akan sihat.Semalam banyak juga pekara baik dan tak baik berlaku dalam sepanjang aku meniti masa untuk ke hari ini dan banyak iktibar serta pengajaran yang aku dapat sesungguh nya aku bersyukur masih mempunyai pamili yang amat sayang kan aku..walaupun mereka menjaga aku seperti kanak-II tetapi bagi aku itu satu keistimewa yang aku dapat.

Rabu, 16 Mei 2012

*KEMBALI MENULIS*

Dah berhari-II aku tak tulis dalam blog ni..first aku syukur dah dapat keje memang dekat gila ngan my abah dan my mak!dan satu bende tak best jadi dalam hidup aku untuk taun ni pak lang aku xciden pada 10/4/2012 memang time tu dunia aku rasa dah tak ada sape-II!and now pak lang dah kuar dari ospital but xleh jejak kaki ke lantai selam 6 bulan dan baru-II ni dia GEDIK drive kete datang tempat aku keje(rindu lah tu sebulan x jumpe anak dara dia),after balik dari tempat aku dia balik rumah dia langgar pintu pagar hancur kete dia!dan aku pun dapat gak lah tium-II adik lelaki aku amizan..btw persiapan raya taun ni sudah terlebih awal aku buat walaupun atok tak ada..sedikit sedih tanpa atok untuk di salam pagi raya..