Selasa, 19 Ogos 2014

*KAWAN LAMA..BERTAUT SEMULA*


FATIMAH - FATIN - FATIAH - ME

Dulu masa sekolah rendah kat SEK.REN.KEB.SIM.DURIAN tak rapat pun dengan fatimah dan fatin
tapi lepas jumpa fatimah,fidah dan fatin niaga kat bazar k.klawang jual shawl dengan tudung terus mesra balik.Siap gossip dalam wassap.

Walaupun fatin anak orang berada dia tak sombong pun sama je gila macam aku
dan yang paling penting fatin bertambah cantik sekarang..serius tak tipu.

fatimah pula mak dia masa aku form 4 and 5 mak dia ajar perdangagan,kalau nak tau kelas kita orang memang anti betul dengan mak dia tambah lagi geng aku.
Bukan lah benci sebab apa tapi mak dia suka membebl macam mak kita orang lepas tu suka cerita hal orang dekat orang dan cikgu-cikgu,cam tak bermoral je keje mak dia kan.

fatiah..yang berpurdah.Act masa dia turun dari kereta BMW fatin saje je nak bagi tau fatin bawa BMW HaHaHaHa
aku terkejut kot ada budak batch aku yang berpurdah,terkejut tu bukan nak ketawa ke apa ke tapi tetiba bulu roma aku naik.Pastu baru aku teringat dia ada wasap aku cakap nak bawa fatiah,so aku tau lah tu fatiah.Fatiah pun tak banyak berubah walaupun pakai purdah dia still lah macam dulu tapi tak lah dia menunjukan keoveran dia berpurdah kan.

Dan yang paling mengejut kan fatiah nak khawin dah!!!serius memang terkejut gila...semalam wasap dia memang dia dah ready je nak khawin,semoga bahagia sayang jangan lupa jemput kami ye.

BATCH 93
SKSD

*ANAK ANGKAT MAK/ABAH*


KAK DIAN - ME

Last kami jumpa aku rasa ada lah kot 10 tahun yang lalu
Mana asal nya akak angkat kami dan anak angkat mak/abah ni?
Kak dian student UIA Gombak..U dia orang buat program anak angkat kat tempat tinggal aku
so mak/abah ambek dua orang kak dian dan kak zaza,time kak dian ni dah kali kedua kita orang ambil anak angkat.First dulu kak ain dan kak zaza round kedua kak ain dah abis stdy jadi kak zaza je still anak angkat mak.Kak dian ni macam brutal sikit lah suka pegang ulat gonggon betul ke ejaan tu?


KAK DIAN - MAK - ME

Ya ampun selekeh nya muka time ni..mana tak nya tengah bertungkus lumus memasak Laksa kat dapur tetiba kak dian dah sampai.
Rush masuk bilik air 4 6 kali curah air pastu dah sabun ke tak aku pun tak pasati janji wangi ok!


2 orang kat belakang tu tak tau nama nya
Yang duduk
ME - MAK - KAK DIAN

Gambar ni rasa ya ampun lagi nampak gemuk kan??sememang nya kau gemuk ok!!!

Dalam pukul 2 camtu kak dian gerak beraya rumah keluarga angkat lain.
so kemas kemas sebab jap gi kawan sekolah rendah nak mai beraya.cerita kawan sekolah rendah eentry lain ye yang entry khas buat anak-anak angkat mak abah.

Dalam jam 6 petang camtu baru tersedar whatsaap berbunyi banyak kali,sedar terus baca sekali!!!!!

kak zaza : salam ade rumah tak?
Kak Zaza : akk dtng td tp xde org pun
Kak Zaza : ngah ade rumah tak tadi akk dtng.
reply.......
Me : ade kak kat dalam.
Me : Hah akk kt mana ni?
Me : kak dh patah balik ke?
calling....
no answer
calling.....
no answer
calling.....
incoming call
Me : kak akak kat mana ni?dah patah balik ke?
Kak Zaza : kat masjid tumpang solat jap,ade rumah tak?
Me : ada kak meh datang cepat.


MUHAMMAD DZHORIFF
ANAK KAK ZAZA+ABANG (TAK TAU NAMA HUSBAND DIA)

Sebanyak-banyak budak kat dunia ni aku jumpa,ni sorang je mampu menarik perhatian aku.
dan dia sorang je budak dalam dunia ni yang mampu melekat dengan aku,sampai kan dekat mama and abah dia pun dia tak nak.


Dalam pukul 9:45 pm kak zaza gerak balik PJ
Baby Dzhoriff pandang je macam tak nak balik..suka lah tu main kat kampung ramai yang melayan kan
next time kita main lagi ye Baby :*

Jumaat, 15 Ogos 2014

*DEMI ADIK*

Jam bilik aku menunjukan 11:45 pm ya Allah penat wei!
Balik kerja tadi dah lah redah hujan lebat,sampai rumah mandi relax kejap dalam sejam.
Mak balik soh siap tolong hantar baju adik kat SGS
Siap terus masuk kete nasib lah aku ni dah mandi kan,kalau tak mau 1 jam 30 minit nak siap pastu kena bebel kat mak kan
"siap punya lah lama macam anak raja...bla...bla.."
well semua mak macam tu kan so buat der sudah lah dah biasa kot mak bebel pasal bersiap ni

Driving lelaju terus ke SGS sampai kat pak guard isi form kiriman barang
"tulis dik..untuk sape ni?apa isi dia?"
"untuk adik saya cik...baju raya dia je.."
Perasaan aku punya lah malu nak cakap dalam tu baju adik aku...well dik kak ngah kau ni redah je apa jua tok kau,pasti kan kau jadi ISS tau!!!

Lepas tu gerak ke giant senawang melantak Kepci
Abah masuk dalam beli barang dapur mak soh,rela je lah abah.
Punya lah pemalas staff kepci tu dah nampak orang berduyun  nak hot spicy yang kau pemalas sangat pehal?masak je lah hot spicy bebanyak takde orang pun nak original tu!

Lepas tu pg Uptown nak tukar baju abah yang aku beli masa raya aritu
tapi tak jumpa kedai eh balik je lah 
bagi adik je lah baju tu
mahal kot aku beli RM180 bagi kau tak mahal
bagi aku mahal ok.


*NOTHING*


Semalam partne share ( En.Ali) Stesen minyak datang bayar duit sewa,masa dia datng tu dah lah tengah terbukang dalam bilik bosssss membuta sebab kaki baru lepas kena urut kan en.Ali tu pula nasib lah buta tak nampak aku membukang dalm bilik tu kan kalau tak malu tahap cipan lah kan.Ingat dia datang kejap so tak lah aku ni nak bangun kan.Rupa-rupa nya tak ke main lama dia beborak dengan kak ram.

Di sebab kan lama dah aku tidur bangun lah dengan kaki yang macam main ketenteng tu kan..terus dia hulur duit raya.OMAIGOD!!
Puan Nabila?ish bila pula aku ni berkhawin kan gila ke hape orang tua tu kan.
Dapat lah RM 30 ok lah dari takde kan.

Balik dari kerja tengok bilik ya ampun macam kapal belayar di samutra yang di pukul oleh ombak rindu yang gila kan..gigih kan diri dengan kaki sakit kemas juga bilik.
Man atau tetiba ada orang datang nak meminang kan..Kata Kau!!!


Ini semua poyo...haha.sebenar nya sebelum mak cek dan mak memekak lebih baik bertindak sendiri dan segera kan.Lepas dah sibuk dengan kerja memang aku dah balas nak make up bilik lantak lah rupa apa pun cat pun tak tukar design pn ntah macam apa well asal kan boleh tidur.

Ok siap - siap nak ke SGS school adik antar baju raya dia nak open house sekolah nya.Nasib lah tak dapat SBP jejauh dik oi.

Selasa, 12 Ogos 2014

*SELFIE LEBIH MULIA DARI SELFISH*


Lepas ni setiap Rabu kena pakai baju coporat ni pergi kerja,act memang suka dan memang tak suka.
Suka sebab tak payah nak pening nak pakai baju apa
Tak suka sebab nak kena iron baju pastu nak kena cari seluar yang sesuai
Tapi Nama aku tak namapka bila pakai tudung :'( BENCI!!!


Macam jakun je ambek gambar cam ni..Bangga pakai baju tu tapi nama aku tak nampak!!!!!


Kak Ramlah - Me

The only sisto dalam office yang every beside to me
Gelak sama-sama
makan sama-sama
tidur sama-sama
ponteng sama-sama
mengumpat sama-sama
tak puasa sama-sama
Dia sentiasa ada waktu aku perlu kan rujukan dan nasihat mana tau aku ni tergoda dengan laki orang dia lah yang nasihat kan aku agar jangan meruntuh kan masjid orang.


Me - Pn Ramlah - Pn.Hasnah

Bila lah nama aku nak ada PN kan
entah lah rasa untuk mendirikan rumah tangga tu belum ada dalam hati dan fikiran
pernah juga tengok gambar pelamin dengan baju nikah tapi tak de pula keinginan untuk berkhawin.



*POST BAJU RAYA*


Its me Nabila RoseLaili Bt Abdul Rahman

Alhamdulilah masih bergelar anak mak abah ok tak mampu nak lari jejauh dari parent
nanti mak tih takde kawan nak gosip every day every morning kan

Handbag yang mahal tu di sponsor oleh Ex Bf tau HaHa


Pak Long kesayangan aku,gaduh macam mana pun still ok je boleh cium lagi sayang dia dia kat aku lebih dari sayang dia kat anak dia tau.Well aku kan sentiasa di manja kan oleh orang sekeliling.


Ni sisiter cousin yang paling blurr and annoying nak mampus nampak ala-ala sopan tapi sama je membahan orang time kumpul reramai..act mata tu tengah sakit mata nurse sebelah tu buat der je mata aku sakit.Minta ubat dia soh ubuh kencing kita act memang betul cuma jijik je.


Well one day aku kena terima hakikat aku akan beraya berdua dengan husband one day ok tapi tak tau bila.
Mesti kena bergambar acah - acah minta maaf
acah - acah cium pipi pau aku
acah - acah nages
acah -acah minta maaf
bergambar macam bersandingbergambar bersam keluarag mertua
oh itu semua merimaskan aku!


*RAYA 2013 - 31/7&1/8/2014*


DIK CAH - Omey

Kalau nak tengok rupa,perangai,kerenah aku time kecik cam budak ni lah ya ampun jahat nya dia macam budak lelaki like me HaHa.
Ni dah pangkat cucu dah kat aku...dah nenek rupa nya aku khawin nya tak lagi kan.Raya ketiga baru terhengeh-hengeh nak datang rumah aku kan.Klau tak rumah aku lah tempat kau kencing berak kan!


Raya Kelima...kenduri doa selamat dan tolak bala kat rumah alhamdulilah ramai orang datang rezeki kami.
Act bukan nak riak takbur or seangkatan dengan nya...bila time kenduri rumah aku je mest orang ramai gila semua lauk licin lauk untuk tuan rumah juga takde..
time akak aku kenduri lagi pula sampai sekarang orang dok cakap ramai nya orang macam kenduri besar
sebenar nya parent belah mak aku memang ramai gila satu n.9 tu semua waris kita orang jadi bila kenduri camni baru lah jumpa kan.


Ayuni - Me - Fatimah - Afidah

Act masa sekolah rendah dan menengah tak rapat pun bukan BFF pun just kawan camtu je tapi bila dah end school ni jadi gatai pula nak jumpa kan.
Yang si Ayuni dulu masa sekolah mulut ya ampun macam cili pedas bercakap sidir hina kutuk orang walaupun ala-ala sopa kan tapi manusia mulut memang cam gitu dapat pula kita ni perempuan kan.
Si Fatimah tu memang jenis sopan lah sebab mak ayah dia ala-ala uztazah tapi bila dah end school ni jumpa balik dia jadi macam lain macam orang lain happy good lucky xde lah kita kekok jumpa dia.
Si afidah budak cenonet yang tak besar-besar lagi tu still macam dulu sopan baik pemalu comel cuma tinggi tu tolong tambah ye kawan. 

Isnin, 11 Ogos 2014

*RAYA 2014- 28/07/14 RAYA KEDUA*


Elin-Me-Alif
Mood raya tahun ni si Elin macam ok lah juga tak lah moodiiii tetiba entah apa yang tak kena kan.Tapi jumpa kejap je sebab family dia malam tu nak gerak pergi Thailand holiday.Ye lah pak cik aku tu time camni lah baru nak lepak dengan family dia kan.


Ayish-Mak long Noly-Baby Anis-Me-Wan Tam
Rasa nya ni first time mak long noly datang rumah kita orang,setahu aku lah kan tak kan lah aku nak ingat masa kecik aku dulu kan.

Wan Tam
Ni je sorang my grandmother yang ada yang mampu melayan aku kegilaan aku keramahan aku kegedikan aku kemanjaan aku kerenah aku :* Love You Wan Tam
Kalau rindu arwah wan call wan tam rindu arwah wan tengok muka wan tam sebiji SERIUS!


ACU - PAK CHU

The only auntie yang neutral beuty in the world HuaHua
Lepas Acu khawin takde jumpa Pak chu just acu selalu jumpa,ye lah Pak Chu hidup di tengah laut yang bergelora kan 100 hari di laut baru balik.Best erk?
Dalam peyut acu kita ada baby tau dah 6 month kalau tak silap...yeah dapat cousin baru nanti.

Elin - Abah - Alif - Pak chat - Mak - Mak Chat

Segak kan my uncle..tak nampak tua pun...act aku dengan dia tak rapat sebab dia ni memanjang serius je nak guran pun aku tak tau time bila dia ni.Agak eh dalam kepala otak dia memang semua benda kena serius tu yang dia berjaya agak nya kan.
Dia balik raya pun sekejap je sebab nak bawa family dia holiday kat Thailand..ye lah memanjang kerja lagi pun dia duduk luar negara so masa dia dengan family dia terhad anak-anak stdy kat U dengan sekolah.
Mak chat aku tu ntah bila nak gemuk agak nya sekeping je badan eh..mak chat..mak chat..