Jumaat, 8 Jun 2012
*SELESAI SEMUAN NYA SUDAH*
Alhamdulilah kenduri tahlil semalam dah selesai dengan lancar ramai sungguh semalam datang padahal kenduri tahlil je syukur rezeki mak semalam,dan aku cuti selama 3 hari dari rabu-jumaat dan hari ni masuk kerja balik.Rabu seawal pukul 7 pagi aku,emak dan adik bergerak ke GEMAS ambil wan tam adik kepada arwah wan dalam pukul 3 kami sampai semula ke rumah di lakai,duduk borak2,malam aku tidur cepat sebab cuti kan so nak nikmati tidur yang lama..khamis aku orang terakhir bangun dari katil haha..sesudah mandi tolong mak buat tapai,pukul 10:30 gerak ke tempat keje(bukan aku cuti ke) de hal sebab orang nak order bahulu mak akau jadi aku kena urus kan.Balik rumah dalam pukul 2:30 pm pak lang sampai sekeluarga tapi abang epul aku tak da kata nya ada kelas,berkerja sama membelah kelapa sebanyak 30 biji bersama adik mizan sebab nak masak rendang ayam.Saat tu kesian tengok pak lang yang duduk je sebab kemalangan.Jumaat pagi dah bangun sebab hari tu banyak keje nak kena buat sebab tengah hari berlangsung nya majlis..pagi tu masak,labu masak lemak,terung masak pajeri,ikan baung campur bacang dan ikan masin.Dalam pukul 11 am abah jerang nasi 2 periuk besar.Dalam pukul 12:30 pm orang perempuan baca yasin saat mulut membaca tanpa sedari air mata mengalir wan tam dan mak turut menangis..selesai baca yasin kami memberi makan kuih sementara tunggu orang lelaki habis solat jumaat.Dalam pukul 2 bendahari tempat aku keje sampai orang-II lelaki pun sama sampai kami tahlil bersama selesai semua nya kami menjamu semua yang hadir..kami sediakan buah tangan untuk mereka sebuah yasin dia atas nya tertera nama arwah atok(HJ NASIR B SUDIN) arwah wan(HAJAH ZABEDAH BT MAAMOR) dan arwah pak ngah(BAHARUDIN B HJ NASIR) dan kanak-II sedikit gula-II.Selepas semua balik kami mengemas pinggan yang kotor,petang tu aku,mak dan wan tam tidur bersama sebab dalam pukul 5 pak lang man anak wan tam akan jemput dia pulang ke GEMAS,senja pak lang man sampai kami jamu dia makan laung kenduri.Pukul 7 tepat wan naik kereta meninggal kan kami sekeluarga syukur walaupun 3 hari 2 malam kami bersama wan tam kami gembira entah bila lagi akan bertemu itu tidak pasti..yang pasti wan tam kata "nanti wan boring kat gemas,wan telefon mak suruh jemput"..hanya lambain dan air mata mengiringi perjalanan wan tinggal kan halaman rumah.Dan sabtu semua melalui hari seperti biasa,hakikat nya aku agak kecewa sebab cuma pak lang je adik beradik mak yang ada?bukan ke sebelum ni rajin balik?sebab atok dah tak ada?kita bukan satu keluarga lagi?sibuk?ok fine aku kena faham kan je.Kepada arwah wan dan arwah atok..nampak kan segala yang terjadi di atas bumi ni kan?dan nampak kan sapa yang salah dan betul?semua nya sudah terlambat tapi kasih sayang angah pada wan dan atok tak pernah pudar..rindu ini tetap untuk wan dan atok ye:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan