Isnin, 7 Oktober 2013

*FOR ABANG IZWAN ALIF B ABAS*

Salam dan selamat petang wahai dunia ALLAH dan dia yang telah menetap kan segalanya apa yang berlaku semalam,harini dan yang akan datang sedia atau tak hati kena terima jua qada dan qadar nya kuat kan iman agar kita kuat menempuh nya.

Jumaat 4/10/2013

- Pagi tu mood memang dah spoil sampai kat office sebab nak cepat kan kelam kabut gila cuaca sekarang pun panas je walaupun di waktu pagi.Sampai office capai telefon untuk call afiq budak yang buat pest control untuk kedai 1M,sekali tengok telefon tu tak bernyawa belek punya belek sekali tengok telefon tu rosak dah lah dengan fone kredit tak ada kan.sekali baru aku tau si gila meroyan tu rosak kan fone sebab gaduh dengan syarikat ramp.

- So pagi tu gerak awal ke kedai untuk tunggu afiq buat kerja dia sampai kedai memang boring sebab tak ada kerja kan seklai plan dengan besti ain pergi KFC dengan kak ram bagai lah.So sampai kat pekan klawang abah call "angah balik nanti bawa kereta elok-II abang alip xciden kat mardi" "ok abah bereh".So order lah makan "snack palte 3 dengan air sekali" otw angkat dulang naik atas fone bunyi lagi mak pula call "angah kat mana?ambek kunci kereta ikut mak tengok abang alip xciden teruk" "alah mak biasa lah abang bawa motor bukan nya perlahan biar lah dia nanti lepas kerja angah pergi tengok ok".MAMAMAMAMAMA KFC..JILAT JARI.

- So gerak pula ke bukit tangga tengok lori anak benih sawit yang rosak dah 3 hari hari lah terhengeh-II nak pergi tengok bukan salah aku ok,dah driver keling tu yang stupid taknak inform kan pehal!Puan Bendahari call "billa yeke alip meninggal jiji kata" "cik pamili saya kata xciden je tapi semua dah pergi saya je tak pergi lagi nanti saya call akak saya,comfirm kan".Call kak long kak long kata abang alip ok lagi cuma kat icu ok hati lega sikit.So gerak balik.

- Tengah drive kak long call balik ''anagh mak kata naik kereta dengan cik senah datang hospital abang alip dah tak ada" demi nak jaga hati mak agar dia tak risau aku parking kereta kat KFC pastu minta pengawai hantar kat hospital.Sampai sana semua dah ada semua tengah meraung,sampai situ semua naik bilik mayat untuk tunggu bedah siasat pukul 7 petang.

- Dalam pukul 5 aku gerak balik ke tempat kerja semula sebab ada hal nak di siap kan,dalam hati tuhan je tau betapa aku kecewa dan menyesal dengan apa yang terjadi,kenapa abaikan call mak,kenapa buat tak endah apa yang jadi pada abang alip dan kenapa tak terus ke hospital sibuk dengan hal kerja sedang kan abang dah tak ada time tu tapi semua bohong untuk jaga hati aku.

- Selesai kerja siap balik ke rumah gagah kan diri mandi ambil wudhu nak siap untuk ke masjid untu solat jenazah abang.Sampai kat masjid ya ALLAH ramai nya orang dan keadaan masa tu memang sayu semua sedih atas pemergian arwah.Kami dah siap solat kan jenazah berebut orang nak tatap muka arwah buat kali terakhir,kami just tunggu bang tih yang belum sampai dari gemenceh dalam pukul 9 malam camtu bang tih sampai sekali lagi keadaan jadi sebak.

- Ok semua bersiap untuk ke kubur alhamdulilah semua selesai dalam pukul 11 malam insyallah arwah abang alip akan tenang di sana dengan doa yang kami kirim kan dan sesungguh nya kami akan rindu segala tentang arwah abang alip.

*abang orang minta maaf kalau selama ni banyak buat abang sakit hati atau kurang ajar kat abang dan maaf orang abaikan abang masa nazak bukan niat orang abang.Dan kalau abang nak tahu orang halal kan makan,minum dan guarauan kasar abang terhadap orang percaya lah pemergian abang ni bukan sesuatu yang indah bagi kami tapi sesuatu yang buruk bagi kami semua...insyallah kami takan lupakan abang alip 1992-2013*
AL-FATIHAH.......


Khamis, 19 September 2013

*RINDU YANG MEMBUAK-II*

Buu..chak..buu..chak haha dah macam meroyan je kan.Terasa bahagia harini sebab rindu yang ada dlam hati telah diluahkan melalui call semalam lama wei kami bergayut..dengan sape?dengan bestie aku lah last kami jumpa raya aritu takde lah lama sangat kan?ingat kot dah bertaun-II tak jumpa tu pun nak kecoh kan! suke ati wa lah kan.Memang tak pernah rindu kat pizad macam orang rindu kat bf rindu jadi kuat sebab raya haritu memasing sibuk si pizad cuti raya first je pastu petang dah siap-II balik KL aku pula sibbuk dengan persiapan tunang kak long.

Pastu aku dok puas call pizad kalah busy dia dari najib,rupa-II nya dia banyak event dengan kawan sekerja pastu dalam dok borak tu aku ada terasa hati bila dia pergi  PD lah pasal tu jekot.But aku dah buang perasaan kecil tu sebab aku sayang dia more more and more chipsmore hahaha.Lama juga lah bercerita dengan pizad tentang kehidupan aku semakin indah ni kan hahaha,pastu tetiba pizad sentuh bab kawen?soalan tu memang tiada jawapan nya sayang :)

Ok tujuan call dia first ofcoz untuk meluakan kerinduan yang padat di hati ni kan second nak ajak dia travel ke melaka gitu kau travel melaka je kot yang dok beria sangat pehal hahaha.Pastu kekecewaan berlaku dalam hati ni setelah di beritahu dia akan ke johor 28/9 aku lempang lelaju si pizad ni juga kan.Tapi setelah memujuk hati si pizad dia macam nak ikut ohyeah double-II sayang pizad haha...

Pastu pepagi tadi call pula si nine untuk tanya dia kat poli sihat tak,makan apa,stdy ok tak pastu dia pelik semacam sebab aku care pasal dia bongok nine aku ni kan kawan yang baik hahaha.Pastu bila dia dengar si pizad ikut aku pergi melaka gedik dia plus perempuan melayu terakhir kau tau aku dapat bayang kan nine gedik haahaha.Actually nak pergi melaka tu untuk adik sebab setelah dia berperang dengan exam PMR dia nanti dan si pizad dengan family aku kan dah mcam one family mak/abah lebih sayang pizad dari aku omg pizad perampas kasih sayang haha.

Pizad memang bestie aku dunia akhirat insyallah kawan i miss u..take care :*

Jumaat, 13 September 2013

*E-DAY MY KAK LONG*

Sayang mereka 
Sedih+Gembira+Terharu+Teruja....mcm-II perasaan ade time nie wei kau ade prasaan cm aku?xde kan!alhamdulilah majlis kak long berjalan dgn lncar nya dan tetamu yg hadir mmng xdi jangka luar baget kami..thank you yg hadir dan maaf jika ade kekurangan dari pihak kami sekeluarga.

Kak long adalah kakak yg paling brutal dlm dunia aku "kak long thank a lot jd akak kpd angah dan adik kami syg kan kak long tp sdh t'tlis jodoh kak long dh smpai kami merelakan dgn doa sekali.Insyallah kak long akan bahagia dgn bakal suami doa kami sentiasa b'sme kak long".Serius sedih tu memang tak boleh hilang bila tengok jari kak long di sarung cicin oleh wakil pihak lelaki,ni baru tunang belum nikah mau aku menangis b'guling-II agak nya.

Pelamin pasang malam tu
raya ke-2

Baju tunang kak long
mak&kak long yg design kan

Raya ke 2 tu semua dah kumpul kat rumah mak macam biase bebudak yg kaum adam beria main mercun baget mcm berani last-II aku tgk main dh mcm beruk kena kejar je terlari-II sana sini aku relax je bakar mercun bola :D

Adik,ecah dan kb
Dari pihak kami
semua buat sendiri
dan yg paling best
ramai yg tempah kat kami
kekawan kak long yg hadir

Mak teh menurun kan kak long ke pelamin
nampak tak mercun tu kb punya keje lah















*KEMBALI...*

Hai dan salam semua nya lama sangat dah xupdate blog kan :( sibuk dengan kerja dan hal peribadi serius sibuk nya aku kalah PM dato najib hahaha..

Ok  banyak benda nak aku story kan ni tp tak tau lah ade ke tak org nak bca kn,tp blog ni lah rsa nya tmpt aku nak ngumpat or menghina jahat kan aku...well aku mengaku dari org tu baget diri baik muntah wei!berlagak macam perfect tp sedar tak kat dunia ni tak de yg  perfect selain dari ALLAH.Tambah-II lagi kaum melayu ush berlagak nya mereka aku pun melayu sebab tu aku tau.

Bulan 7 kita puasa alhamdulilah semua berjalan lancar tapi sedih tetap ada untuk arwah wan dan arwah atok.Puasa tahun ni tak banyak sangat ke bazar sebab mak semua benda dia buat sendiri macam iklan biskut JACOB tu haha :D di sebab kan tempat kerja dah tukar jadi dapat lah berbuka dengan family,so taklah sedih sangat kan.

Berita baik nya raya ke 3 aritu aku tunang...caya tak?hahaha tak lah aku yg tunang semua dok gelabah aku yg tunang takde makna nya aku yg tunang,turn aku lambat lagi.So sape yg berhajat nak makan nasi minyak aku baik kau buang hajat/niat kau tu sebab kau dah bercucu pun aku belum tau aku akan tunang.Ok nak tengok gambar akak aku yg tomey kn?tadi masa mula-II baca entry aku cakap banyak benda nak cite kan...cite aku berepisod buka entry baru k :D

Sabtu, 8 Jun 2013

*UJIAN DAN CABARAN DATANG MACAM HUJAN*

Dah lama tak menulis kat blog di sebab kan berokband tak di langgan oleh adik..nampak tak kejam nya aku adik yang langgan berokband aku yang tumpang sekali,bukan seorang kakak sepatut nya begitu kan...haha.

Dari bulan 4 and 5 dulu dah ramal bulan yang akan datang memang padat macam biskut hup seng dalam peket dia tu,ujian dan cabaran pun datang macam hujan lebat di ikuti dengan petir.Rasa dah down sangat..give up..rasa nak berserah je kat Allah.

Dalam 2 week lepas pengawai SKM datang untuk ambil segala akaun sekali bila dia sampai untuk ambek semua nya staff di bahagian departement lain tak siap kan dan dokumen tak cukup.Rasa memang nak carut je..2 bulan bagi masa masih ada yang belum dapat mengikut arahan yang di bagi.

Bayang kan satu nyawa ni terpaksa menjaga 3 bahagian..Office besar,stesen minyak dan kedai borong 1 malaysia.Dalam masa satu hari terpaksa drive dengan laju nya untuk kesemua tempat ni :( aku bukan lah robot dan otak aku bukan lah computer yang mampu menyimpan segala format dan segala urusan.

Dapat pula kerani yang gilo tahap cipan,setiap arahan yang di bagi ada sahaja bantahan.Semalam dari pukul 1-7:30 pm menunggu dia buat kiraan punya lah lama sampai hari ni masih belum dapat jawapan nya.Dah segala benda yang di suruh laporkan dia tak lapor kan kita pula yang kena buat kerja dia.

Mana sibuk dengan hal kerja pendrive yang penuh dengan segala urusan kerja hilang secara tetiba sampai ke hari ni belum jumpa dan yang malang nya tiada satu laporan di simpan ke dalam computer pejabat.Masa tinggal 5 hari je lagi untuk menyiap kan laporan untuk di serah kan ke pengawai.

Sesibuk mana pun masa untuk pamili masih ada tapi sedikit je..rasa sedih bila adik yang sedang bercuti 2 week tu,aku tak de masa untuk dia.Untuk kak long lagi lah borak kat whatsapp je masing-II sibuk mak/abah pun bila malam je dapat borak-II.

Btw alhamdulilah semalam dapat juga luangkan masa bersama yang tercinta walaupun dating kat office dan dalam kereta je borak pun tak banyak tapi ketawa banyak haha...hope minggu depan dapat jumpa lagi.Bila berbeza kerjaya ni tolak ansur dan kefahaman perlu ada mengelak hubungan di landa ombak :)

So untuk malam ni,mampu menulis ni je besok kena hantar adik ke kenduri rumah kawan dia...love all.


Khamis, 23 Mei 2013

*MENANTI HARI PRA-BAHAGIA*

Ok tajuk entry tu nampak tak?hari pra-bahagia?hari bahagia siapa?
ok bukan hari bahagia aku ok!aku bila?lambat lagi nak naik pelamin..calon dah de siap 2 calon tapi aku tak   sedia lagi pastu tak tau nak pilih siapa..wah-II hebat kan aku..jahat aku kan.Aku nak duduk dengan mak abah sampai tua boleh kan?

Berbalik pada entry aku kat atas tu,hari ni kak long dengan bakal tunang dia pergi ambil cicin tunang dia.Adik aku ikut sebab dia nak beli barang,lagi pun biar lah kak long ada teman kesian kak long aku,mak   dan abah tak dapat nak teman kan dia pilih cicin.

Aku rasa masa makin suntuk dah untuk lepak dengan kak long,cuba bayang kan selalu kalau balik dari kerja kak long dah siap kan makanan atas meja macam-II kak long masak untuk aku dan adik.Tapi mungkin lepas ni aku kena buat sendiri dengan adik,selalu kalau cuti kami bertiga kemas rumah,tanam bunga,main sama-II tapi lepas ni aku dengan adik je...lepas ni makin sunyi rumah kami tanpa suara kak long.

Nanti kalau raya entah dapat raya sesama ke tak agak nya?puasa nanti dapat tak buat kuih sesama?
lepas ni kak long ada 2 family kan..dia kena jada kedua-II hati tu,demi kebahagian kak long aku rela kan dia berjauhan dari aku dan adik.

Insyallah aku,adik dan yang lain akan pasti kan hari bahagia kak long tu sesuatu yang tak dapat dia lupakan.Hope kami dengan kak long takan berjauhan,kami semua bahagia dengan apa yang kak long pilih.

*kak ngah sayang kak long dan adik..nanti tunggu nasi minyak angah pula yew:*

Isnin, 20 Mei 2013

*BERSEDIA KAH AKU&KAMI?*

Salam jam menunjukan 9:30 am now masih belum memulakan satu kerja di office di sebab kan mood belum datang so buka blog kejap ye:)

Dah lah sampai lambat cari kunci macam orang gila berpeluh aku last jumpa dalam bilik adik,ye lah malam tadi balik lambat sebab keluar makan pizza balik terus pergi rumah sedara tengok abju pengantin pastu pukul 10:00 baru blik terus solat isyak.

Sampai kat office whatsapp dengan kak long apa yang nak beli untuk majlis tunang dia,aku nak yang terbaik untuk kak long aku!!rasa sedih sangat terasa macam dah tak banyak masa nak lepak dengan along air mata tak pernah berhenti selepas dengar along akan bertunang dan berkhawin:( gembira tetap ada untuk meraikan hari bahagia kak long.

Insyallah petang ni nak pergi tengok katil dengan bakul buluh kat tempat kraf buluh,sabtu ni pula maybe pergi nilai 3 untuk cari barang-II untuk buat hantaran bertunang,kalau arwah wan dan atok ada mesti dia pun suka kan.Insyallah aku buat yang terbaik untuk hari bahagia kak long ni.

Mak&abah pulak terpancar kengembiraan di wajah mereka namun hati mereka?perasaan mereka?rela kah mereka?Allah je yang tahu orang tua mana yang tak nak tengok anak nya bahagia namun berjauhan dengan anak bukan lah sesuatu yang mereka ingin namun mereka kena rela.

ok nanti petang update lagi nak search gambar bilik pengantin bye..bye..bye


Sabtu, 18 Mei 2013

*PIZZA BARU*

16/5/2013 di temani kawan baik aku kak yaya  melantak pizza di pizza hut bahau untuk merasa produk baru pizza..tapi menyesal sebab tak sedap makan sepotong je selebih nya pack bawa balik ke office.Sebenar nya rasa dia tak lah teruk sangat tapi sebab mood makan tu tak de sangat ye lah selalu de rani,kak sue,abang epul or kak ram tapi kali ni kami berdua je.Sup pada hari tu sup ayam tak suka sup ayam pizza kalau sup cendawan tu sedap lah kan,air pula aku minta dua dia bagi satu dia bagi air manggo tango pula,air selalu yang aku minta asam boi!!dah lah pelayan tetap kita orang tak de hari tu mood kita orang hari tu spoil gila!!!

So kami otw balik ke office aku sekali baca BBM si bestie text dia de datang office no .2 tap tak de orang dah tu dia masa tu dah de kat bahau!!!!rasa nak pusing waktu stop kat pizza text bestia ajak makan pizza!!yang si bestie pun satu hal cakap dah balik KL tapi tak lagi dah lah mak bebel asal dia tak datang rumah!

But 16/5/2013 dapat dah apa yang di usaha kan selama ni..so lepas ni enjoy with...?? siapa kah lelaki malang akan bersama aku untuk bershoping dan segala nya.

LOVE HARITH...LOVE AZLI...

*HARI BAHAGIA AZRINA&AZLAN*

          SELAMAT PENGATIN BARU ACU DAN PAK CU AZLAN:*
Bila tengok banner,bunga telur,pelamin,buah tangan dan suasana rasa nak kawen je haha.Di sebab kan acu dan wan tam aku sanggup gagah kan diri bangun awal di hari sabtu yang indah untuk ke gemas.Sampai kat kedai Pak lang man kami breakfast dulu pastu tunggu green light masuk tempat ternak lembu nak ambil daging untuk lauk majlis acu.

So sampai kat rumah wan tam ramai juga sedara yang dah sampai..mak long awe,mak teh ani,anyah,mak lang semah anak-II wan tam pun semua dah ada but terasa arwah atok tam tak ada kalau dia ada mesti dia cakap "sampai dah budak ni ha..".Serius acu mesti rasa sedih kan dengan kehilangan arwah ayah dia di hari bahagia dia.

So abah tolong orang lelaki siang daging kami yang perempuan dok buat sikit-II kerja,dalam pukul 12 0r 1 cam tu cari rumah dan hotel tak terjumpa terpaksa balik ke rumah kami di lakai badan memang penat gila.

12.5.2013

Tarikh yang di tunggu sudah tiba kehadiran sanak saudara sahabat semua sudah memenuhi khemah makan.Alhamdulilah dengan ada nya kehadiran mak chat dan ibu dapat lah mengubat kecewa tanpa kehadiran mak teh,mak teh tak dapat hadir sebab kereta rosak kat higway NPE.

Bila dah selesai makn kami yang sepupu ni pe lagi snap pic sambil melebar kan senyuman haha


BELLA&BABY



KENAPA MULUT IBU BEGITU?
SAMAPAI ALIF TOLEH TENGOK..HAHA

BAJU KELABU=ALIF
BAJU MERHA BERDIRI=BABY
TENGAH MAKAN=ADIK MIZAN
BAJUMERAH DUDUK=ALONG SYAZWAN

ALONG SYAZWAN&BELLA

MEREKA KATA MEREKA TERAMAT RINDU PAK TAM
ABAH&ALONG SYAZWAN








Walaupun panaskami semua tetap enjoy dengan majlis..so tiba masa untuk bersanding alah jeles tau!

OMG CUN GILA!

SEGAK BERGAYA+CANTIK BERSERI.

KITA NAK MACAM NI,KENA CARI POLIS.

YANG SI PENGAPIT LELAKI TU ADIK SEPUPU KITA YANG COMEL.



Berakhir sudah majlis acu kami yang tercinta hope bahagia dan dapat baby cepat ok..lepas ni tunggu kad kawen anak-II buah acu pula ok.Lepas ni entah bila lagi akan bertemu untuk gelak ketawa bersama makan semeja dan nasi minyak siapa lepas ni pun tak tahu lah kan.


Ahad, 12 Mei 2013

*OMG RINDU BLOG BURUK NI*

hai hoi asalam...haha!!!sambil kunyah jajan tam-II badan penat gila coz baru balik dari wedding acu rina mak cik saya yang cute neatural beaty ok!!memang best gila dapat jumpa semua anak atok dan cucu atok dan yang paling best terjumpa ex bf huarghhh...bertambah buruk kau kan.

bila dah semua berkumpul segala cerita di buka dari baik dan buruk sedih dan gembira kami kongsi..tapi aku ada berita baik aku akan ke pelamin?omg realy??eh tak lah tu just plan untuk 10 year yang akan datang bersama harith or azli haha ambek kau sekarang aku dah berani bagi tau kat alam maya siapa bf aku:)

tapi kak long aku lagi best dia bawa bf dia pergi kenduri pamili kami..hoi jeles aku wait aku bawa dua-II bf aku nanti kau nak gaduh tu kau punya pasal..haha.

ok dalam pukul 1 pm cam tu semua beransur balik,that masuk kereta hakikat nya mak abah lambat lagi nak balik.masuk kereta on aircond no.3 ambek kau sejuk ketiak aku ni..haha.dalam kereta tu tetiba air mata keluar..omg tak lam lagi kak long mesti nak naik pelamin kan?

lepas ni tak leh dah nak lepak 3 beradik gelak besar-II,menjerit,berjalan dan segala zaman remaja kak long akan tamat cam tu.so aku dan adik kena lah lepak berdua je..seriusly masa untuk adik akan aku bagi sebanyak mungkin!!macam rela tak rela je hati ni.

seriusly walaupun aku dah lama dengan bf aku dengan mana-II lelaki pun aku tak pernah fikir kami akan ke pelamin coz bagi aku masa yang ada ni,semua untuk pamili aku.tapi kalau Allah dah takdir kan kak long dan adik akan jauh dari aku untuk kebahagian mereka aku rela kan..biar lah aku hidup bersama mak dan abah.

so now aku lebih fokus untuk adik yang bakal menduduki exam PMR dia insyallah dengan usaha dia dan doa dari kami sekeluarga adik akan dapat cemerlang macam kak elin dan abang alif ok sayang:*untuk kak long insyallah aku akan plan yang terbaik untuk hari bahagia:*

mak dan abah sedetik tak pernah aku abaikan..walaupun aku anak 2/3 tapi semua kat aku manja kalah adik aku..kalau bukan kat mak  dan abah kat siapa lagi aku nak manja kan?mb sebab tu aku susah nak jauh dari mak dan abah.

at last people in my lief ofcoz yang bakal jadi imam aku kan ntah bila kan..ok semua kata aku cerewet memilih?tapi kalau aku tak buat camtu senang je lah aku ni patah hati kan?so jalan terbaik aku letak beberapa syarat untuk bakal imam aku...haha.

ok my dear harith tahnk you so much untuk 6 years ni:*insyallah kalau jodoh kita akan bersama ye sayang ku haktuihhh muntah tak reti lah bahasa jiwa ni :p

ok sayang payung aku azli baby cute haha cute lah sangat kan!!abah aku tak suka orang pilah tapi kalau dah jodoh kita bersama kan.aku sayang kau sebab kau kaya tu je..eh tak tipu je ok:*

ok nanti nak tulis wedding acu pula bye-II nak buat kerja kat office di temani aircond.


Rabu, 20 Mac 2013

*MAK TAK SIHAT..RISAU*

Semalam dapat balik awal coz malam tu kena tutup shift staff..sampai kan rumah mak tak ada sebab ambil adik kat sekolah.Tak berapa lama lepas tu mak balik dengan adik kesian gila kat mak tunggu adik 2-4 pm sebab adik de practice mak tak makan lagi masa tu.

Lepas dah mandi dan solat azar baring dengan mak depan tv,terasa dekat je dengan mak sebab selalu busy kan.Mak mengadu kaki mak sakit sangat sampai dia panggil wan"ya allah mak sakit nya kaki ni..apa nak di ubat kan.." bila dengar mak cakap macam tersentuh hati kesian sebab walaupun dah tua mak tetap perlu kan mak dia.

Mak pun selalu cakap "mak sunyi tanpa wan..mak tak ada tempat nak mengadu"..serius kadang-II bila bersama mak rasa nak nages je..sebab aku macam dapat apa yang mak rasa.Rindu kan arwah wan dan atok ..orang selalu cakap "kau happy lah kan dapat duduk dengan atok wan semua benda kau dapat".

Apa yang aku dapat?kasih sayang?memang aku dapat pun tapi selain dari tu tak ada apa aku dapat pun ok!malas nak komen banyak pasal tu..sebab orang yang jaga atok dan wan je faham.

Kadang-II kesian kat mak dan abah siang malam kerja kuat semua tu untuk kami 3 beradik abah selalu cakap "korang kena jaga satu sama lain..korang tak ada adik beradik lelaki.." bagi aku abah lah kekuatan aku saat aku jatuh.

Mak dari dulu sampai sekarang asyik tak sihat je..mungkin itu ujian Allah untuk kami supaya tak terbuai dengan kesenangan yang ada dan Allah nak aku sentiasa berhubung dengan dia.Nasib baik abah lelaki yang tabah sanggup berubat demi apa walaupun terpaksa hantar tengah-II malam ke hospital.

Kalau boleh sesaat pun aku tak nak jauh dari mak..kesian tengok mak yang tak berapa sihat pagi ni tadi aku nak pergi kerja mak tak bangun lagi risau hati tak nak pergi kerja tapi kena pergi juga sebab oil sampai.Rasa macamnak suruh mak pergi hospitaal vberubat tapi takut mak kena tahan wad...semalam mak ada cakap "angah kalau mak tak ada jaga adik elok-II ok"

kadang-II aku sendiri dah down dengan segala ujian yang di beri ni..tapi bila tengok abah kuat aku pun kena kuat untuk along dan adik.

*AKAN BERPINDAH OFFICE*

GOOD MORNING DAN ASSALAMUALAIKUM...dah berapa lama tak update blog kan:( disebab kan computer tak leh connect dengan wifi so today pinjam lappy kak long update blog..hehe.

1/4/2013 akan berpindah ke office atasan..terasa sedih dan pelbagai perasaan ada*sobs*meninggal kan crush kite lepas ni comfirm tak jumpa dah jumpa kat luar je kot tu pun kalau dapat jumpa dia.Dan dah tak dapat nak jerit-II macam orang gila dengan staff.

Sedih tu memang ada tapi hakikat nya kengembiraan banyak..sebab lepas ni tak ada dah balik lewat tengah malam sampai pukul 2 am tak ada dah kena mandi kat office sebab kerja sampai malam dan abah lepas ni tak payah hantar di waktu malam kesian abah setiap malam kena hantar anak dara dia ni.

Kehidupan selepas ni mungkin akan normal seperti biasa..ada masa untuk adik,mak,abah dan kak long dan yang paling penting sabtu dan ahad dapat cuti tak ada lah kena bangun awal-II pagi.

Kepala pun tak pening dah nak siap kan akaun yang menyusah kan dan wsm yang nazrul minta tiap-II bulan..dan tak akan berjumpa nazrul lagi lepas ni*meloncat-II*serius nazrul tu jobo nak mampus!!!!

Isnin, 4 Mac 2013

*SAYANG..PERLU KAN AWAK SAAT NI*

Pagi tadi datang kerja memang bersemangat nak buat report..tapi lepas sarapan tadi dapat call dari hafiz hati,fikiran dan badan semua dah ada kat melaka membayang kan cinta yang tengah coma tak sedar kan diri*sad*

Badan pula tetiba demam what happen?semua datang ketika aku lemah?yes alhamdulilah mak abah always ada tapi tak semua benda mereka berhak tahu..perasaan rindu ni pada cinta pun tak kan nak bagi tau mak*mengada* so aku terpaksa gagah kan diri lalui semua ni...

makan tadi pun tak lalu..minum air panas je!dulu kalau sakit sikit mengadu kan cinta,cinta pula mudah risau dia sanggup hantar ubat dari melaka ke N.9 tapi sekarang semua dah tak ada sebab dia pun tengah sakit sunyi je hidup ni*sad*

Tipu lah kalau aku tak rasa sunyi dan rindu saat ni..6 years together every morning call dan MMS sebelum kami masuk office every night b'gayut sampai 7 am besok..text sampai penuh inbox.Tarikh-II penting kami sambut dengan bahagia..ermm semua sekarang dah berubah aku yang paling teruk kena effect nya!tu lah manja sangat dengan,nak itu ini,salah sikit melenting,ego dan selalu anggap dia selalu dengan aku!!now dia coma hidup dah tak t'urus tak de sapa nak layan aku bercerita,tak de sapa nak dengar bila membebel,tak de tempat nak jerit,nak marah...arghhhh!!semua ni membuat aku semakin rindu pada nya.

*i hope dia cepat sedar..tak nak tengok iklan x-pax sorang-II.

Ahad, 3 Mac 2013

*BABY SYAMIM..SINGKONG*

Ok muka hari ni teramat lah berseri-II*perasan gile* setelah bercuti 2 hari terasa nikmat nya duduk rumah bergurau senda dengan adik bergaduh dengan kakak..dengar mak abah membebel itu lah kebahagian nama nya*HAHA*

Dalam nak siap-II nak pergi office tadi lepas solat subuh berguling-II kejap atas tilam arwah atok yang empuk tetiba telefon bergetar*bila tidur malam dan cuti fone aku silent*..kat skrin "panggilan masuk bonda(ibu)".Ok mak cik kesayangan aku call...

IBU:"as'salam..buat apa tidur lagi..ibu dah siap nak masuk office ni ha"
AKU:"orang pun dah siap nak masuk office,ibu memang lah ibu drive kete lambat tu kena siap awal HAHA"
IBU:"pandai lah kamu..kamu tu baby kate rempit sekejap dah sampai..semalam baby nak buat homework tentang karbohidrat,so dia tanya babah..babah bagi jawapan SINGKONG!dia punya marah dia call ibu tanya bende SINGKONG tu"
AKU:"singkong lagu indo tu..or singkong tempat arwah atok selalu pergi tu..HAHA"

Bla..bla..bla merepek dengan ibu.

BABY=adik sepupu

So sampai office awal sikit sebab de client datang nak ambil statement..lepas siap statement tu call lah baby,usik-II dia serius aku rindu nak dengar dia gelak..senyum dia..pipi gebu dia..arghh rindu nak cium kau sayang!!

Selasa, 26 Februari 2013

*RINDU ARWAH ATOK*

Kat office boring sambil siap kan segala kerja untuk pengawai yang datang esok..tetiba hidung rasa macam panas tahat de benda mengalir..lap pakai tangan omg!!darah lah...menitik atas baju baru HAHA.

Sebenarnya memang hari ni aku kurang sihat dan tak bermaya:( tetiba nak call mak taku mak risau lagi pun malam ni balik lambat banyak bende tak siap..sekali tetiba gambar arwah atok keluar kat skrin..menitis air mata eh asal ni tetiba je tertekan gambar atok?atok rindu aku ke aku rindu atok?

Sebenar nya setiap kali rindu atok nak call dia tapi atok dah tak de!kadang-II terfikir sampai bila aku nak hidup macam ni dengan membayang kan atok masih ade?serius korang tak rasa ape yang aku rasa bukan senang nak lupa kan!

Tapi tu lah yang mati takan hidup balik kan nanti takut pula kita..tapi sampai bila rindu ni nak seksa aku dengan air mata dan hati yang gelisah!silap aku ke rapat dengan atok?silap aku ke manja dengan atok?salah ke aku sayang aku dari yang lain?kenapa tuhan ambek atok cepat!

kadang-II aku macam hilang pertimbangkan kerena menyalah kan takdir yang terjadi!!

Ingat lagi atok cerita semua kisah-II dia dekat aku..rindu guraun dia..rindu senyuman dia..rindu pelukan dia.
aku paling rindu nak mandi kan dia:( setiap apa yang terjadi sekarang aku tak pernah lupa kan atok..memang mak abah de dalam hidup aku tapi tak sama dengan atok dan wan yang sayang aku manja kan aku!

Air mata tak pernah kering..kalau ada masa nak pergi ziarah kubur atok:(

"atok..wan..angah rindu nak tidur dengan atok dan wan:( rindu nak suap makan rindu nak bagi ubat angah rindu semua nya.tiap-II malam angah nages lepas solat sedekah kan al-fatihah..tiap-II malam mimpi semua kenangan kita dulu rindu semua nya..atok tak kesian tengok angah nages tiap-II hari?kak ngah tak kuat macam dulu dah..asyik nages je kalau teringat kan atok.kalau boring tak tau nak pergi mana dulu boleh balik rumah atok..atok kalau boleh teman lah angah tidur ye setiap malam?angah tak de kawan nak borak-II.atok wan adik PMR taun ni doa kan adik ye?mak tak berapa sihat abah dah makin tua angah dengan along alhamdulilah kerja semua baik.tak pe lah tunggu lah angah kat syurga ye..angah akan tetap rindu atok dan wan..muahh"

*SHOPING*

PUPUT+BELLA=BFF
kfc bahau
Ok dah dapat gaji awal gila aku keluar kan gaji di sebab kan nak pergi melaka ambek abang syukry habis practical kat hospital melak.24.2.2013 aku,adik,kak long,puput dan kawan kak long(kak atun) keluar shoping well kalau sape yang ikut aku shoping or keluar comfirm perut akan pecah sebab makan banyak pastu tak larat jalan HAHA :D

Ok gamabr yang kat atas tu adik aku dengan bff dunia kahirat dia puput :) sebenar nya kedua-II nya akau sayng macam aku syanag nyawa aku sendiri:* wlaupun dia bukan adik kandung aku tak sebab dah lama kami rapat bayang kan adik kenal puput dari darjah 1 hingga form 3 now..well dalam setiap hubungan ada ujian begitu juga persahaban kan?alahamdulilah setakat ni mereka masih bergelar "adik beradik".Baju mereka tu aku yang beli sama colour..tapi kan masa shoping yang lepas aku soh beli pe barang sama tapi dia orang macam tak nak maybe sebab dah besar kan tak nak lah paki macam twins kan so k akak kau ni faham dik:)

ok ni bukan rumah cina gong xi fa chai ok
ni kat kedai barang khawin.
aku kan nak kawin?
AHAHAHA
masuk kedai tu nak sanp gambar konon sekali tulis "NO SNAP" ok lebih baik blah je macam lah aku nak tiru design kau begong!

waiting kak long dan kak atun
nak beli kasut my mak
Adik puput aku memang dah boring dan penat masuk tu dia cari kerusi je dia tak cari benda lain pastu dengar mp3 aku dia cakap "mp3 kak ngah tak de lagu sedap lah!" ok aku rampas mp3 AHAHAHA!

kasut untuk my mak
Serius aku rasa nak nages :( why..mase kami nak g shoping tu mak pergi seremban sekali nak pakai kasut,kasut mak macam dah koyak mak tak berani pakai pastu sarung je kasut kak long walaupun tak berapa selesa serius aku marah kat diri aku sendiri "kasut sendiri mahal boleh beli mak punya aku tak mampu beli" tapi sebenarnya setiap kali aku keluar aku tanya mak nak kasut tak nak yang macam mana? tapi tu lah arong tua kan dia pakai apa yang selesa buka sebab harga macam aku ni:)

so aku beli kan mak kasut walaupun mahal btw puas ahati kita kan beli tok mak sendiri apa salah nya kan:D

sayang mak dan abah:*



Isnin, 25 Februari 2013

*TAK DI DUGA*

AIR+MINYAK=JAHANAM ENJIN
23.2.2013

Masa tengah bebaring relax kan otak setelah penat membuat akaun dan bermain pemadam api bersama staff,tetiba dengar break emergency kat luar dah lah tak pakai tudung time tu dan tinggal sesorang sebab staff balik mandi.Sekali de budak lelaki tunjuk macam obor-II dalam plastik..aku pelik lah pula asal jual nobor-II muka macam marah?rupa-II nya customer aku baru isi minyak that sampai depan simpang stesen motor dia padam....MINYAK aku TERCEMAR!!!aku punya takut ya Allah tuhan je tau dia kata kat bengkel de lagi berderau darah aku menangis dah aku tercall sana sini semua tak jawab memang aku dah carut macam-II.

call bendahari dia datang sebelum tu aku dah dipping tengok air de tak..ternyata memang ada mampos!

LETAK BENDE CAM UBAT COLGATE TU KAT BESI DIPPING
KALAU KUNING MINYAK YANG MERAH AIR

TANK2 ALHAMDULILAH OK

Terpaksa aku korban kan no pin BBM aku kat nazrul jobo tu..sebab nak cepat hantar gambar kat dia kang pakai MMS macam-II lah kata nya tak sampai lah tak itu lah tak ini lah pelempang dapat eh kang.

so semalam 25.2.2012 datang lah teknikal dari pihak atasan untuk selidik dan whatever lah.
MASA NI DAH MACAM BANJIR BERTONG-II AIR KAMI TADAH LAST-II
CURAH JE DALAM LONGKAK BENCI

SEE KESIAN APEK TU HA!!
Dari tengah hari hingga malam aku tunggu last-II lepas maghrib aku ajak abah,kak long dan abang sepupu aku pergi makan.Lepas dah selesaimitu ini sign sana sini cop sana sini aku pun siap lah balik di drive oleh abah tercinta gua*senyum lebar*


hakikat nya aku tak sangka yang aku akan alami bende ni masa g kursus dulu cam tak percaya je de bende cam gini jadi.btw aku masih trauma ok.

Ahad, 24 Februari 2013

*MAJLIS KHAWIN MAK CIK at SEREMBAN*

SERIUSLY!aku
 rimas dgn stokin juruphoto tu bau stokin..pehhh

Jantung penganti lelaki tu mesti macam omabk rindu kn bergelora..HaHa..
tok cik pun nages

Ni first tiem tengok cik piqah make up..btw jerawat sebiji nampak:D

mukew nervous

macam budak lagi bakal suami mak cik aku ni...muke macam xmatang lagi..
Bila kerja tengah melambak time tu lah aku rajin nak menaip kat blog kan :D serius semua dok sibuk soh update kat blog kawen cik piqah ari tu walaupun dah 1 bulan berlalu tapi aku tetap nk letak juga untuk yang rajin membaca blog aku*perasan gilew

tengah siap-II tetiba de text masuk

from hafiz

hafiz:"sjak bile kau rjin g kndri kwen rmah tok cik kau"

aku:"pe hal kau menduga aku dengan soalan bodoh tu haha"

hafiz:"or de scandal kt seremban pastu bleh gedik-II!haha rndu kau doh"

aku:scandal aku mak teh nk jmpa dia lah..kau mna tau dh bye nak siap"

sebenar nya kaki ni rajin nak pergi rumah kenduri tok cik sebab nak jumpa mak teh yang dah berapa lama aku tak jumpa kalau tak memang tak cuti lah aku lagi pun wan tam pun de tu yang pergi rindu sesangat kan mak teh dan wan tam:)

setelah tengok akd nikah updat dekat BBM pehh...crush cakap aku yang nikah cecepat reply bukan aku yang akd nikah haha:D

last-II aku dapat tau semua adik beradik mak balik best juga lah*muke sengal* dapat jumpa.

k bye ni je.

Isnin, 4 Februari 2013

*WSM TERUS MENYESAK KAN*

Semalam sepatut nya kena hantar WSM ke HQ Kuala Lumpur cik nazrul*jobo*..dia bagi aku masa sampai pukul 4 tapi sebenar nya bukan salah dia pun dah memang tugas aku memang aku kena lah buat kan?tapi semalam aku dah berusaha sedaya upaya membuat nya tapi memang tak dapat buat pelik je jadi laporan aku tu so..kalau aku hnatar macam tu nanti macam-II pula tanya nya:(tapi aku sendiri pun tak tahu asal jadi macam tu..so hari ni terpaksa meminta bantuan kak yaya membuat nya dan terpaksa belajar bersungguh dengan kak yaya*ini semua poyo* kalau tak sampai bila aku akan minta bantuan kak yaya je kan:)

NOW 09:55 am aku masih belum memulakan satu pun kerja kat office ni.Dah lah telefon kena potong:( sebab bil tak bayar lagi haha:)

k lah bye nak mulakan kerja.

*1 WEEK KERJA SAMPAI MALAM*

Assalamualaikum..meh-II dekat ngan lappy or compute,cepat-II banyak nak cerita ni*ini semua poyo*

2.2.2013=Bangun pukul 6.00 am dalam hati asal lah hari ni kena bangun cepat,nak tidur lelama dah kena kejut:( btw kena juga turun ke stesen untuk dipping minyak yang malam semalam sampai.Di temani mak/abah yang amat ku sayangi,sampai kat stesen dengan pantas mencapai besi dipping..sekali tarik nak tengok liter hampeh!!!!pe pun tak de..di sebab kan colour art dia dah abis terpaksa lah berusaha mendipping kan nya:( well abah selalu jadi hero kan:) dia ambek minyak itam kotor lah,ambek cat car wash sebelah lah,pakai kapur sekolah lah macam-II di usaha nya last kali pakai crayon yeah berjaya pun dipping *meloncat macam iklan tv*.

Balik rumah untuk siap ke seremban rumah tok cik kawen cik pikah.Bersemangat gila nak pergi bukan nak tengok orang khawin or makan but nak jumpa mak teh,wan tan dan yang lain.Last-II sekali semua adik beradik mak balik memang gempak lah kan memang jadi kanak-II rebena lah aku bila dah jumpa adik-II  sepupu kan:D

Snap..snap..snap..flash..flash..tu je lah keje kami berjumpa tangkap gambar bebanyak kalau cemara tu pandai cakap dia akan cakap "hoi..kau ingat kau lawa plus comel nak tangkap bebanyak gambar kau je"

Dalam pukul 4.00 pm kami semua balik ke rumah masing-II..mak teh-KL,ibu(acu)-Perak,Pak lang-Klawang,mak tam-Lakai,Pak chat-johor dan Pak long-KL.Seriusly aku tak sangka Pak chat dari jakarta pun balik btw sayang semua nya kalau atok de lagi best kan men tolak-II wellchair..al-fatihah.

Dan sedara yang lain pun beransur balik sebab mereka banyak jemputan lagi.Semoga kita berjumpa  lagi sayang-II sekalian:)

gambar-II nanti aku masuk kan.

Isnin, 28 Januari 2013

*CUTI ITU INDAH*

Senyum lebar di pagi hari sambil memandang matahari dari dalam office,terasa segala masalah dan bebanan kerja dah jatuh dari bahu ini setelah bercuti selama 3 hari:)

26.01.2013=bangun lambat gila wei pukul 10:30 am baru bangun,dan berasa pelik setelah menyedari bahwa mak ade di luar tanam bunga dlam hati "asal mak tak bising aku bangun lambat erk?samapai adik aku dah mandi dah".Serius masa aku bangun tu kepala otak memang berat gila ye lah bangun lambat mana tak nya:)btw tengah ari aku kena masuk office sebab nak turun minyak baru smpai,sampai kat stesen lori memang dah sedia ada aku call staff semua tak de memang aku begang tahap babun dah semua nak kena surat amaran ari ni tengok lah kau!!

27.01.2013=Semua bangun awal sebab nak pergi pasar minngu,beria siap cepat-II sekali bediri depan mak dlam hati ckp "asal mak xde ckp pe-II psal nk pergi psal pasar minggu" so kita orang bertiga perli memperli "eh dik siap lh cpat".Akhir nya mak berusara tapi mak cakap "kak ngah tak payah pergi,kan hari ni kemas kedai kat office kan?nanti terkejar-II nanti susah" "alah mak angah pergi tengah ari lpas balik dr pasar angah pergi lah..please sambil muka muncung:(" "tak payah mak kata" "ye lah".Akhir nya naik motor sampai office dan kak long ambek kat sana,nanti balik ambek balik:).So petang tu kami  3 beradik bersih kan kawasan rumah penat wei:( sampai sekarang kaki ni masih penat benci!cari lah bibi sorang agak nya mak dan abah ni:(,lepas dah habis kemas semua kami bersiap untuk ke padang bermain badmintan fuhh dapat pun main stelah setenggah tahun xmen*baget wei*

28.01.2013=Alhamdulilah dapat pun cuti dengan bahgia nya:) dan drive..dan 45 hari dah hidup ni sunyi tanpa dear:( terpaksa akur dengan ujian ALLAH,memang betul kate hafiz time macam ni macam-II ALLAH bagi dugaan.Tengah boring semalam aku BC lah kt BBM tettiba crush aku bals BBM:)
*cari balik bbm dia dan snap letak kt blog*
xde dah delete xpe meh aku tulis kan:)

lily:BC"andai kte hari ni hari luahan sedunia pe yg korang akan luah kan sya?"
crush:"skang dh smbng xnk bbm sye ye lh dh bhgia kan dgn bf bru,sye rndu awak.tu je sye nak luah kan"
lily:"eh..bkan smbng lh bz skit..bf bru?mne de kte dh single mingle dh"*menipu*
crush:"eh ye ke?npe?sigle lh ni?"
lily:"ye lh cik abe oi:)"

dan sehingga malam bawa ke pagi dan pagi bawa ke hari ni..kami sedang mengedik:)

*crush tu memang nsem tapi..dear kite lg ohsem.Tapi kadang-II hati ni seakan di uji untuk memilih crush or dear:( kedua-II nya aku sayang,mungkin saat berjauhan dan dear coma ini lah ujian nya kan,ALLAH menguji sayang dan cinta aku.

*masa petang main babdmintan tu ex aku ade so baget lah dah lah aku drive kete baru akak:)
capel dengan budak area rumah aku,k fine aku sedang bahgia ye:)

Selasa, 22 Januari 2013

*PROPHET MUHAMMAD'S BIRTDAY*

*terbersin* haha..eh besok cuti lah *melompat depan computer sampai jatuh semua fail-II*haha.Tak payah kau nak berangan sangat wahai lily besok kau kena masuk office kan?ouh shit betul lah ingat nak spend time with pamili dan cinta..omg cakap pasal cinta,dah 41 day aku tak jumpa dia tak dapat call,text dan  vn semua nya tentang dia aku rindu tu lah masa dia ade,aku asyik marah dia je 5 year dia je yang banyak mengalah dengan aku...now tau pun rindu.

"Ya ALLAH andai ini ujian yang di beri kepada kami,aku dan dia redha walaupun aku terpaksa menuggu dia berbulan atau bertahun insyallah aku akan tabah melalui nya,kepada cinta insyallah selagi ade cinta di hati utk awak orang akn tunggu awk..saat ni orang just mampu berdoa dan berserah.cepat sedar dari coma ye sayang:)"

ok..berbalik pada topik blog..masa sekolah dulu mesti de pertandingan nasyid,lakonan dan perarakan..tetiba rindu zaman sekolah tapi leceh kan pakai baju kurung that jalan kaki jauh-II cikgu senang lah duduk je kami murid-II teruk bawah panas.

Masa arwah wan dan atok ade dulu macam-II dia orang buat *lap air mata* bersemangat dia orang nak sambut birtday nabi kita,mak dan abah pun sama juga sekarang sibuk bersedekah kat masjid..macam-II mak buat untuk hantar masjid..cendol,pulut,nasi ayam,mee hailam,kuih karipap eh macam-II lah.Tapi untuk besok mungkin mak abah sibuk dengan catering kat office kak long,so mungkin mak dan abah pergi masjid sekejap je kot tolong masak je.

Dan aku besok kene masuk office:( benci lah wei baru nak cuti ha!!kadang-II rasa give up dah,penat sangat asyik keje walaupun office haour.Masa untuk pamili pun tak de,esok khawin tak tau lah,eh bila dah khawin tak payah keje kan?haha

Hakikat nya hidup aku sekarang sunyi tanpa arwah wan,atok dan arwah tok tam...now cinta pula coma kat hospital.Insyallah tahun ni 6 year kami bersama..semua dok tanya "bile lagi lily kau nak nek pelamin?" "ariz masuk lah meminang sok melepas" "eh aku nak masuk meminang,tapi pe boleh buat lily ni memilih kite tak layak utk dia kan:)" "k fine,cari lh yang len" "eh gurau je syg oi:)"

Ok last alhamdulilah di lahir kan sebagai islam,berada dalam pamili yang terbaik sekali dan malaysia yang the best:) malam ni baca yassin dan zikir.


Ahad, 20 Januari 2013

*PIZZA DAN BEZDAY PARTY*

Selera gila kak channa:)


Alahai omel nya kakak-II ni:)


Sedap gila kek:)
                   


SERIUSLY!!!!!!!!
memang cantek gila kakak berdua ni
1.Kiri_kak zira
2.kanan_Kak chana
                             
19/01/2013=Seawal 10:00 am kami berenam kak long,me,adik,kak intan,kak zira dan kak channa menaiki dua kereta viva dan saga bergerak ke Felcra Lakai untuk majlis Kak mas mira kawan kepada kak long,kak intan,kak zira dan kak channa bersemangat masing-II nak pergi ye lah kawan khawin kan..opss?kakak-II sekalian bila lagi nak khawin terutama kak intan:)

11:00 am=kami sampai seriusly orang tak de lagi kami yang paling awal tak pe lah demi kawan mereka sanggup datang kan:)lama juga kami duduk snap pic dan berceloteh menuggu pengantin make up:)

12:15 pm=kak long terpaksa hantar aku ke office sebab nak hantar bank draft minyak dah sampai dan nak turun kan.kesian kak long tak dapat tengok kak mas mira sanding,masa kami sampai balik kat rumah kenduri tu pengantin dah tengah makan:(

2:00 pm=kami semua gerak ke pizza untuk merai kan hari jadi kak channa dan kak zira,memang best sangat kalau lah tiap-II bulan boleh cam tu kan best:)yang paling begong sekali time tu kak intan boleh pakai selipar bowling yang besar tu dengan pakai baju kebaya kain terbelah memang cun kak*berguling tergelak*

5:00 pm=kami gerak balik sebab memang dah lambat gila..time nak balik tu boleh pula jumpa budak xciden,so kami ni tak sampai hati tolong hantar ke klinik berdekatan..teruk juga lah kaki dia patah.Budak tu pula pandai ke main menjawab cakap orang-II tua kat klinik,kita orang dah begang je tengok loya buruk pula budak tu.

Sampai rumah dah baghrib pun:(so memasing sampai just cari towel untuk mandi dan mencari siaran tv dan tilam untuk melelap kan mata memasing:)so hari tu kita orang memang bahagia berenam:)btw today semua dah balik ke tempat masing-II dan sibuk dengan urusan masing-II kan:)semoga kita berjumpa lagi dan makan pizza sampai tak boleh bangun:D