Sabtu, 8 Jun 2013

*UJIAN DAN CABARAN DATANG MACAM HUJAN*

Dah lama tak menulis kat blog di sebab kan berokband tak di langgan oleh adik..nampak tak kejam nya aku adik yang langgan berokband aku yang tumpang sekali,bukan seorang kakak sepatut nya begitu kan...haha.

Dari bulan 4 and 5 dulu dah ramal bulan yang akan datang memang padat macam biskut hup seng dalam peket dia tu,ujian dan cabaran pun datang macam hujan lebat di ikuti dengan petir.Rasa dah down sangat..give up..rasa nak berserah je kat Allah.

Dalam 2 week lepas pengawai SKM datang untuk ambil segala akaun sekali bila dia sampai untuk ambek semua nya staff di bahagian departement lain tak siap kan dan dokumen tak cukup.Rasa memang nak carut je..2 bulan bagi masa masih ada yang belum dapat mengikut arahan yang di bagi.

Bayang kan satu nyawa ni terpaksa menjaga 3 bahagian..Office besar,stesen minyak dan kedai borong 1 malaysia.Dalam masa satu hari terpaksa drive dengan laju nya untuk kesemua tempat ni :( aku bukan lah robot dan otak aku bukan lah computer yang mampu menyimpan segala format dan segala urusan.

Dapat pula kerani yang gilo tahap cipan,setiap arahan yang di bagi ada sahaja bantahan.Semalam dari pukul 1-7:30 pm menunggu dia buat kiraan punya lah lama sampai hari ni masih belum dapat jawapan nya.Dah segala benda yang di suruh laporkan dia tak lapor kan kita pula yang kena buat kerja dia.

Mana sibuk dengan hal kerja pendrive yang penuh dengan segala urusan kerja hilang secara tetiba sampai ke hari ni belum jumpa dan yang malang nya tiada satu laporan di simpan ke dalam computer pejabat.Masa tinggal 5 hari je lagi untuk menyiap kan laporan untuk di serah kan ke pengawai.

Sesibuk mana pun masa untuk pamili masih ada tapi sedikit je..rasa sedih bila adik yang sedang bercuti 2 week tu,aku tak de masa untuk dia.Untuk kak long lagi lah borak kat whatsapp je masing-II sibuk mak/abah pun bila malam je dapat borak-II.

Btw alhamdulilah semalam dapat juga luangkan masa bersama yang tercinta walaupun dating kat office dan dalam kereta je borak pun tak banyak tapi ketawa banyak haha...hope minggu depan dapat jumpa lagi.Bila berbeza kerjaya ni tolak ansur dan kefahaman perlu ada mengelak hubungan di landa ombak :)

So untuk malam ni,mampu menulis ni je besok kena hantar adik ke kenduri rumah kawan dia...love all.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan