Selasa, 19 Ogos 2014

*KAWAN LAMA..BERTAUT SEMULA*


FATIMAH - FATIN - FATIAH - ME

Dulu masa sekolah rendah kat SEK.REN.KEB.SIM.DURIAN tak rapat pun dengan fatimah dan fatin
tapi lepas jumpa fatimah,fidah dan fatin niaga kat bazar k.klawang jual shawl dengan tudung terus mesra balik.Siap gossip dalam wassap.

Walaupun fatin anak orang berada dia tak sombong pun sama je gila macam aku
dan yang paling penting fatin bertambah cantik sekarang..serius tak tipu.

fatimah pula mak dia masa aku form 4 and 5 mak dia ajar perdangagan,kalau nak tau kelas kita orang memang anti betul dengan mak dia tambah lagi geng aku.
Bukan lah benci sebab apa tapi mak dia suka membebl macam mak kita orang lepas tu suka cerita hal orang dekat orang dan cikgu-cikgu,cam tak bermoral je keje mak dia kan.

fatiah..yang berpurdah.Act masa dia turun dari kereta BMW fatin saje je nak bagi tau fatin bawa BMW HaHaHaHa
aku terkejut kot ada budak batch aku yang berpurdah,terkejut tu bukan nak ketawa ke apa ke tapi tetiba bulu roma aku naik.Pastu baru aku teringat dia ada wasap aku cakap nak bawa fatiah,so aku tau lah tu fatiah.Fatiah pun tak banyak berubah walaupun pakai purdah dia still lah macam dulu tapi tak lah dia menunjukan keoveran dia berpurdah kan.

Dan yang paling mengejut kan fatiah nak khawin dah!!!serius memang terkejut gila...semalam wasap dia memang dia dah ready je nak khawin,semoga bahagia sayang jangan lupa jemput kami ye.

BATCH 93
SKSD

*ANAK ANGKAT MAK/ABAH*


KAK DIAN - ME

Last kami jumpa aku rasa ada lah kot 10 tahun yang lalu
Mana asal nya akak angkat kami dan anak angkat mak/abah ni?
Kak dian student UIA Gombak..U dia orang buat program anak angkat kat tempat tinggal aku
so mak/abah ambek dua orang kak dian dan kak zaza,time kak dian ni dah kali kedua kita orang ambil anak angkat.First dulu kak ain dan kak zaza round kedua kak ain dah abis stdy jadi kak zaza je still anak angkat mak.Kak dian ni macam brutal sikit lah suka pegang ulat gonggon betul ke ejaan tu?


KAK DIAN - MAK - ME

Ya ampun selekeh nya muka time ni..mana tak nya tengah bertungkus lumus memasak Laksa kat dapur tetiba kak dian dah sampai.
Rush masuk bilik air 4 6 kali curah air pastu dah sabun ke tak aku pun tak pasati janji wangi ok!


2 orang kat belakang tu tak tau nama nya
Yang duduk
ME - MAK - KAK DIAN

Gambar ni rasa ya ampun lagi nampak gemuk kan??sememang nya kau gemuk ok!!!

Dalam pukul 2 camtu kak dian gerak beraya rumah keluarga angkat lain.
so kemas kemas sebab jap gi kawan sekolah rendah nak mai beraya.cerita kawan sekolah rendah eentry lain ye yang entry khas buat anak-anak angkat mak abah.

Dalam jam 6 petang camtu baru tersedar whatsaap berbunyi banyak kali,sedar terus baca sekali!!!!!

kak zaza : salam ade rumah tak?
Kak Zaza : akk dtng td tp xde org pun
Kak Zaza : ngah ade rumah tak tadi akk dtng.
reply.......
Me : ade kak kat dalam.
Me : Hah akk kt mana ni?
Me : kak dh patah balik ke?
calling....
no answer
calling.....
no answer
calling.....
incoming call
Me : kak akak kat mana ni?dah patah balik ke?
Kak Zaza : kat masjid tumpang solat jap,ade rumah tak?
Me : ada kak meh datang cepat.


MUHAMMAD DZHORIFF
ANAK KAK ZAZA+ABANG (TAK TAU NAMA HUSBAND DIA)

Sebanyak-banyak budak kat dunia ni aku jumpa,ni sorang je mampu menarik perhatian aku.
dan dia sorang je budak dalam dunia ni yang mampu melekat dengan aku,sampai kan dekat mama and abah dia pun dia tak nak.


Dalam pukul 9:45 pm kak zaza gerak balik PJ
Baby Dzhoriff pandang je macam tak nak balik..suka lah tu main kat kampung ramai yang melayan kan
next time kita main lagi ye Baby :*

Jumaat, 15 Ogos 2014

*DEMI ADIK*

Jam bilik aku menunjukan 11:45 pm ya Allah penat wei!
Balik kerja tadi dah lah redah hujan lebat,sampai rumah mandi relax kejap dalam sejam.
Mak balik soh siap tolong hantar baju adik kat SGS
Siap terus masuk kete nasib lah aku ni dah mandi kan,kalau tak mau 1 jam 30 minit nak siap pastu kena bebel kat mak kan
"siap punya lah lama macam anak raja...bla...bla.."
well semua mak macam tu kan so buat der sudah lah dah biasa kot mak bebel pasal bersiap ni

Driving lelaju terus ke SGS sampai kat pak guard isi form kiriman barang
"tulis dik..untuk sape ni?apa isi dia?"
"untuk adik saya cik...baju raya dia je.."
Perasaan aku punya lah malu nak cakap dalam tu baju adik aku...well dik kak ngah kau ni redah je apa jua tok kau,pasti kan kau jadi ISS tau!!!

Lepas tu gerak ke giant senawang melantak Kepci
Abah masuk dalam beli barang dapur mak soh,rela je lah abah.
Punya lah pemalas staff kepci tu dah nampak orang berduyun  nak hot spicy yang kau pemalas sangat pehal?masak je lah hot spicy bebanyak takde orang pun nak original tu!

Lepas tu pg Uptown nak tukar baju abah yang aku beli masa raya aritu
tapi tak jumpa kedai eh balik je lah 
bagi adik je lah baju tu
mahal kot aku beli RM180 bagi kau tak mahal
bagi aku mahal ok.


*NOTHING*


Semalam partne share ( En.Ali) Stesen minyak datang bayar duit sewa,masa dia datng tu dah lah tengah terbukang dalam bilik bosssss membuta sebab kaki baru lepas kena urut kan en.Ali tu pula nasib lah buta tak nampak aku membukang dalm bilik tu kan kalau tak malu tahap cipan lah kan.Ingat dia datang kejap so tak lah aku ni nak bangun kan.Rupa-rupa nya tak ke main lama dia beborak dengan kak ram.

Di sebab kan lama dah aku tidur bangun lah dengan kaki yang macam main ketenteng tu kan..terus dia hulur duit raya.OMAIGOD!!
Puan Nabila?ish bila pula aku ni berkhawin kan gila ke hape orang tua tu kan.
Dapat lah RM 30 ok lah dari takde kan.

Balik dari kerja tengok bilik ya ampun macam kapal belayar di samutra yang di pukul oleh ombak rindu yang gila kan..gigih kan diri dengan kaki sakit kemas juga bilik.
Man atau tetiba ada orang datang nak meminang kan..Kata Kau!!!


Ini semua poyo...haha.sebenar nya sebelum mak cek dan mak memekak lebih baik bertindak sendiri dan segera kan.Lepas dah sibuk dengan kerja memang aku dah balas nak make up bilik lantak lah rupa apa pun cat pun tak tukar design pn ntah macam apa well asal kan boleh tidur.

Ok siap - siap nak ke SGS school adik antar baju raya dia nak open house sekolah nya.Nasib lah tak dapat SBP jejauh dik oi.

Selasa, 12 Ogos 2014

*SELFIE LEBIH MULIA DARI SELFISH*


Lepas ni setiap Rabu kena pakai baju coporat ni pergi kerja,act memang suka dan memang tak suka.
Suka sebab tak payah nak pening nak pakai baju apa
Tak suka sebab nak kena iron baju pastu nak kena cari seluar yang sesuai
Tapi Nama aku tak namapka bila pakai tudung :'( BENCI!!!


Macam jakun je ambek gambar cam ni..Bangga pakai baju tu tapi nama aku tak nampak!!!!!


Kak Ramlah - Me

The only sisto dalam office yang every beside to me
Gelak sama-sama
makan sama-sama
tidur sama-sama
ponteng sama-sama
mengumpat sama-sama
tak puasa sama-sama
Dia sentiasa ada waktu aku perlu kan rujukan dan nasihat mana tau aku ni tergoda dengan laki orang dia lah yang nasihat kan aku agar jangan meruntuh kan masjid orang.


Me - Pn Ramlah - Pn.Hasnah

Bila lah nama aku nak ada PN kan
entah lah rasa untuk mendirikan rumah tangga tu belum ada dalam hati dan fikiran
pernah juga tengok gambar pelamin dengan baju nikah tapi tak de pula keinginan untuk berkhawin.



*POST BAJU RAYA*


Its me Nabila RoseLaili Bt Abdul Rahman

Alhamdulilah masih bergelar anak mak abah ok tak mampu nak lari jejauh dari parent
nanti mak tih takde kawan nak gosip every day every morning kan

Handbag yang mahal tu di sponsor oleh Ex Bf tau HaHa


Pak Long kesayangan aku,gaduh macam mana pun still ok je boleh cium lagi sayang dia dia kat aku lebih dari sayang dia kat anak dia tau.Well aku kan sentiasa di manja kan oleh orang sekeliling.


Ni sisiter cousin yang paling blurr and annoying nak mampus nampak ala-ala sopan tapi sama je membahan orang time kumpul reramai..act mata tu tengah sakit mata nurse sebelah tu buat der je mata aku sakit.Minta ubat dia soh ubuh kencing kita act memang betul cuma jijik je.


Well one day aku kena terima hakikat aku akan beraya berdua dengan husband one day ok tapi tak tau bila.
Mesti kena bergambar acah - acah minta maaf
acah - acah cium pipi pau aku
acah - acah nages
acah -acah minta maaf
bergambar macam bersandingbergambar bersam keluarag mertua
oh itu semua merimaskan aku!


*RAYA 2013 - 31/7&1/8/2014*


DIK CAH - Omey

Kalau nak tengok rupa,perangai,kerenah aku time kecik cam budak ni lah ya ampun jahat nya dia macam budak lelaki like me HaHa.
Ni dah pangkat cucu dah kat aku...dah nenek rupa nya aku khawin nya tak lagi kan.Raya ketiga baru terhengeh-hengeh nak datang rumah aku kan.Klau tak rumah aku lah tempat kau kencing berak kan!


Raya Kelima...kenduri doa selamat dan tolak bala kat rumah alhamdulilah ramai orang datang rezeki kami.
Act bukan nak riak takbur or seangkatan dengan nya...bila time kenduri rumah aku je mest orang ramai gila semua lauk licin lauk untuk tuan rumah juga takde..
time akak aku kenduri lagi pula sampai sekarang orang dok cakap ramai nya orang macam kenduri besar
sebenar nya parent belah mak aku memang ramai gila satu n.9 tu semua waris kita orang jadi bila kenduri camni baru lah jumpa kan.


Ayuni - Me - Fatimah - Afidah

Act masa sekolah rendah dan menengah tak rapat pun bukan BFF pun just kawan camtu je tapi bila dah end school ni jadi gatai pula nak jumpa kan.
Yang si Ayuni dulu masa sekolah mulut ya ampun macam cili pedas bercakap sidir hina kutuk orang walaupun ala-ala sopa kan tapi manusia mulut memang cam gitu dapat pula kita ni perempuan kan.
Si Fatimah tu memang jenis sopan lah sebab mak ayah dia ala-ala uztazah tapi bila dah end school ni jumpa balik dia jadi macam lain macam orang lain happy good lucky xde lah kita kekok jumpa dia.
Si afidah budak cenonet yang tak besar-besar lagi tu still macam dulu sopan baik pemalu comel cuma tinggi tu tolong tambah ye kawan. 

Isnin, 11 Ogos 2014

*RAYA 2014- 28/07/14 RAYA KEDUA*


Elin-Me-Alif
Mood raya tahun ni si Elin macam ok lah juga tak lah moodiiii tetiba entah apa yang tak kena kan.Tapi jumpa kejap je sebab family dia malam tu nak gerak pergi Thailand holiday.Ye lah pak cik aku tu time camni lah baru nak lepak dengan family dia kan.


Ayish-Mak long Noly-Baby Anis-Me-Wan Tam
Rasa nya ni first time mak long noly datang rumah kita orang,setahu aku lah kan tak kan lah aku nak ingat masa kecik aku dulu kan.

Wan Tam
Ni je sorang my grandmother yang ada yang mampu melayan aku kegilaan aku keramahan aku kegedikan aku kemanjaan aku kerenah aku :* Love You Wan Tam
Kalau rindu arwah wan call wan tam rindu arwah wan tengok muka wan tam sebiji SERIUS!


ACU - PAK CHU

The only auntie yang neutral beuty in the world HuaHua
Lepas Acu khawin takde jumpa Pak chu just acu selalu jumpa,ye lah Pak Chu hidup di tengah laut yang bergelora kan 100 hari di laut baru balik.Best erk?
Dalam peyut acu kita ada baby tau dah 6 month kalau tak silap...yeah dapat cousin baru nanti.

Elin - Abah - Alif - Pak chat - Mak - Mak Chat

Segak kan my uncle..tak nampak tua pun...act aku dengan dia tak rapat sebab dia ni memanjang serius je nak guran pun aku tak tau time bila dia ni.Agak eh dalam kepala otak dia memang semua benda kena serius tu yang dia berjaya agak nya kan.
Dia balik raya pun sekejap je sebab nak bawa family dia holiday kat Thailand..ye lah memanjang kerja lagi pun dia duduk luar negara so masa dia dengan family dia terhad anak-anak stdy kat U dengan sekolah.
Mak chat aku tu ntah bila nak gemuk agak nya sekeping je badan eh..mak chat..mak chat..


Jumaat, 18 April 2014

* BARU NAMPAK DUNIA *

Assalamualaikum alhamdulilah masih mampu hidup di hari jumaat yang indah :)
pagi tadi bangun hujan renjai-II best nya klau ada husband kat sebelah boleh peluk boleh romantik-II boleh dia urut-II kepala yang serabut ni..OMG!!!!!!!
pe benda aku melalut ni HAHAHA...insyallah kalau dah sampai seru aku nanti sampai lah entry  
* I NAK KHAWIN DAH *
time tu semua tak sangka kan budak yang suka menolak jodoh dah nak khawin,time tu nanti kelam kabut dunia kan mana nak buat persiapan itu ini tapi aku kan macam tak de perasaan buat der je sudah.

Tapi perasan tak macam lari dari entry aku kat atas...
ok semalam tetiba rajin nak pergi progran kat masjid tempat tinggal.

Balik dari office mak abah bising cakap pasal program kat masjid,aku ingat kan lambat lagi rupa nya dah sampai date nya so mula-II tu macam semangat jugalah nak pergi dah jerit kat jiran sebelah pergi sesama last-II dia pergi dengan pamili dia..perbualan

"yana..kau pergi masjid kita pergi sesama nak?"
"pergi jom arh..tapi aku tak solat aku gerak awal dengan mak aku"
"woi awal nya alah segan lah pergi sesorang..takpe lah kang aku dah sampai aku mesej kau ok.."
''ok aku de je kat bawah masjid kang tak solat period"

lepas solat maghrib duduk-II rasa cam malas je nak pergi,pastu mak teriak kat aku
"angah pergi ke tak..."
"alah macam malas je,tengok lah dulu"
"kan dah janji dengan yana kang dia tunggu"

Pastu wechat sedara

"ngah..ngah kat masjid ke?ramai x?akak nk pg tapi segan..yana ada x"
"ada kat masjid kak,yana ada sebelah kita.."
''ok jap g akak sampai"

Start motor bawa dengan perasaan bercampur baur takut ngok dah malam-II naik sesorang..
sampai masjid call jiran
"yana kau katne akak dah sampai pagar masjid meh lah jemput aku hah!!"
"ok-II aku datang.."

HaHaHaHa..
nampak tak jiran aku sayang aku gila wei.
pastu dengar kumpulan qasidah nyanyi nama kumpulan qasidah tu aku tak sure apa namanya..
solat isyak dan makan

Time makan tulah baru aku nampak orang-II tempat aku tinggal
yang dulu aku jumpa kecil sekarang dah besar
yang dulu buruk sekarang dah cantek
yang dulu jahat sekarang dah baik
yang dulu tua sekarang bertambah tua

pastu ade makcik tu pandang aku semacam dah kenapa kan..aku senyum dia tanya
"lah leli hah!dah lama acik tak nampak kau.Duduk mana skang kerja ke belajar?"

ya ampun makcik saya stay je duduk kat rumah abah saya tu.kerja saya kerja area tempat tinggal ni je,takkan pepagi tak nampak saya keluar pergi kerja yang bawa kereta macam orang gila bawa motor macam mat rempit tu lah saya...

Punya lah teruja makcik tu dapat jumpa aku HAHAHAHA
aku akui sejak akau kerja ni memang aku dah tak peduli lansung hal kat tempat aku tinggal tu kalau jumpa aku pun kekadang kat pekan or datang office kalau ada urusan hal tanah dia orang,kalau setakat nak jumpa kat tempat aku tinggal jangan mimpi lah aku nak keluar.
Pergi pagi balik kekadang tengah malam pagi sok camtu juga...



Rabu, 9 April 2014

* MERANCANG STEP 1 *

ok berkerja di mana saje ade saje halangan kan?
company aku jenis swasta mula start kerja dengan company ni sekitar tahun 2012 selepas atuk pass away aku ambek keputusan berkerja untuk melupakan arwah yang everyday muncul di depan muka aku.

mula-ii start dulu memang jenis yang Allah malu tahap ape ntah..
baru-ii ni kami semua buat mesyuarat agung (M.A) alhamdulilah semua berjalan lancar
dalam M.A tu telah di bentangkan hutang company sebanyak 1.2 juta dah nak hampir 2 juta,limit hutang company hanya 2 juta.

dalam M.A tu telah di lantik pengerusi baru
alhamdulilah pengerusi baru ni angresif untuk membangun kan semula company kami,company kami pernah 2 or 3 kali menang badan perniagaan terbaik.tapi atas kesilapan semua yang ada dalam company duit di gunakan sewenang-ii nya.

dalam akaun company hanya ada 3 k je?bayangkan 3 k je?gila ke hape kan sebuah badan perniagaan/swasta dalam akaun de 3 k je!!!
tapi dengan semanagt kami berlima terus bangun untuk memajukan semula company kami,alhamdulilah harini suplier lori datang tunjuk kan lori untuk kami beli bagi membuang perkhidmatan lori luar yang makan banyak dari company kami,doa kami semoga dalam tahun ni kami mampu peroleh 1 juta di dalam akaun dan akan bukti kan pada semua yang mengatakan kami akann muflis kami akan buktikan.

ni de sikit gambar lori

model lori yang tersesat baget je
hahaha
kam ramlah

eheheh kereta my sisto pun termasuk

* FUN&FAIR *



minggu ni macam banyak masa pula nak update blog :)
tapi kalau tengok dairy dari isnin hingga harini still ada meeting and jumpa orang omg penat nya kerja macam ni btw tu lah rezeki kita kan kena kerja keras untu bekalan hari tua but jangan lupa bekalan di akhirat nanti.

selasa lepas tetiba mak ajak pergi fun&fair dengan bawa anak abang yang lasak extra gila yang payah nak di kawal...bebudak skang lebih cepat pick up dari kita pantang aku keluar kan fone dengan tiang monopod mula lah memasing tarik sana tarik sini patah jugak lah monopod aku tu kan 


afiq senyum macam atok chin

hai..mereka panggil yite omey
serius ni wajah aku masa kecik semua kate gitu *malu*

tetiba pula malu bermonopod dengan wan or mak dia panggil

yeah this my hero dunia akhirat
my abah...abang afiq monopod dengan tok nyang

serius itu ibu mereka beatiful gila kak intan aku
putih melepak macam cina but suami (abang) hitam macam keling

omey dengan ayah

actualy omey dh ngantuk tnggu hjan reda nak p fun&fair

Peace abang...
see the camera lah

omey drive

bapak besar mulut
walaupun aku kecewa sebab tak dapat naik ali baba di sebab kan hujan 
tapi kita orang masuk rumah hantu omg tak seram gila wei!!!

ok bye nak p meeting dengan suplier lori company....

Ahad, 6 April 2014

* PEMERGIAN MEREKA TETAP DI INGATI *

semalam tarikh 6/4 genap 12 tahun wan pergi meninggalkan kami semua buat selamanya dan tiada lagi wan di depan mata untuk kami ulang ke kampung,tak tau lah sape je ingat tarikh tu selalu pak lang akan forword mesej ingat kan tarikh tu kepada semua supaya baca yassin tapi semalam macam semua sibuk dengan urusan memasing.Dan besok genap nya 3 tahun atok pergi tinggalkan kami semua pun tak tau lah sape je yang ingat tarikh tu.

Rasa macam semalam tidur di riba wan
macam semalam mandikan atok di atas welchair
tak pernah bayangkan wan/atok pergi tinggal aku secepat ni.

Orang kata tak baik menangis untuk orang yang dah takde,tapi semua tak tau betapa sakitnya hati ni merindui insan yang tak akan pulang ke pangkuan kita.Macam lost contact faham!!!
yang tak rasa sebab kau tak pernah ada 24 hours dengan mereka,macam aku memang 24 hours dengan dia orang tidur makan mandi.

Banyak kenangan yang tak mampu aku lupakan,
last day wan pergi siang tu kami dari rumah dia pastu jam 3 pagi atok call wan dah takde.
atok pula 3 hari sebelum dia pergi dia dah boleh bercakap dengan kami memang aku letak harapan yang tinggi tapi lepas solat jumaat atok pergi tinggal kan kami semua.

"wan..atok..kak ngah hanya mampu sedekah kan ayat kursi dan doa semoga wan dan atok selamat di alam sana dan berbahgia.wan dengan atok tau kan betapa akrab nya kita melalui hari-II kita dari kecil hingga besar wan atok jaga angah bagai kan seorang puteri"

AL -FATIHAH....HJH.ZABEDAH BT MAAMOR DAN HJ NASIR B SUDIN

Khamis, 3 April 2014

* LAGU ISTIKHARAH CINTA *

salam jumaat semua :) alahamdulialh masih bernafas atas bumi yang maha esa dengan izin nya dah masuk awal bulan april kan.Lagi sebulan lebih je my pamili nak hadap kenduri renjis-II insyallah semua nya akan di permudakan oleh yang maha esa kami merancang tetapi yang esa menentukan.

Sape tengok cerita WANITA DALAM PASUNGAN kat astro prima?
sedih nya cerita tu pengorbanan seorang isteri untuk suami nya dan balasan yang akan wife no 2 dia dapat ya ALLAH.Pastu dengar lagu dia macam best serach kat google - download bayangkan dari rumah - office buka lagu tu sampai office pun stay lagu tu memekak...

Bila dengar lagu tu terdetik nak buat solat istikharah,tapi takut atau macam tak ready lagi
takut pe yang kita nak tak dapat.

"eh kau bila lagi nabila"
"bilo lagi anak no 2 cik man ni'- soalan kepada abah
'leli tu dah de calon ke na"- soalan kepada mak
"ni bila pula nak naik pelamin ni"
serius aku cakap aku belum lagi gila nak khawin,gila nak berlaki,gila nak ada anak,gila nak jadi bini orang  or seangkatan dengan nya.aku masih nak hidup sendiri di sisi mak/abah di bawah kawalan mak/abah di bawah suruhan mak/abah.

kadang bila tidur sebantal dengan mak makan berdua dengan mak...
aku terfikir nanti kalau dah khawin dapat ke nak ada masa camni dengan mak camni.
kalau mak yang dah umur 4o lebih tu boleh rindu kat arwah mak/ayah dia yang aku ni tak pernah berjauahn dengan mak/abah ni lagi gilo kalau tak duduk serumah mau hari-II laki aku pujuk aku menangis.

siapa di hati?hanya tuhan yang tahu biarlah aku dan dia yang tahu
orang namapk aku happy tapi aku kena kuat untuk yyakin kan mak/abah yang aku belum ada calon takde nanti dia orang rasa sedih semua anak nak tinggal kan dia
macam dulu cakap biarlah aku berkorban demi semua nya.mungkin kat dunia ni aku tak sempat bernikah tapi nanti di pintu syurga seorang firdaus menanti aku dengan senyuman insyallah....

Rabu, 19 Mac 2014

* REUNION BATCH'90 *









15-03-2014 Reunion kat PD best sangat dapat jumpa abang&kakak batch 90 ada yang kenal ada yang tak kenal ye lah memasing dah berisi ada yang dah ada anak&husband.Aku selaku camera girl yang rasa nak menangis kat situ serius keadaan panas dia lain macam yang terik sangat siap text cik abang
"abang katne meh lah kt PD hah org panas ni....."
"abang de hal,sorry sangat jangan lah b'jemur sesangat.jerebu jaga-II,jangan lincah sangat tau"
"lah takkan nak jd patung pula!xpe lah bye.."
Nampak tak kebahagian yang akan aku pamerkan kat situ..serisu sejak berjauhan ni memacam peranagi aku buat cengeng tu tak yah cakap lah kan memang sejak azali dah ada.





Lebih kurang pukul 9 pagi kami sampai kat Bagan Pinang nama tempat tu tak pernah pergi tapi pernah lalu taun lepas masa tu de meeting kat PD.Tukar t-shirt,turun kan barang-II,pasang khemah,siapkan tapak sukaneka sementara tunggu yang lain samapi dan daftar.

Jam dah pukul berpantah satu aktiviti tak jalan,panas terik jangan cakap lah kan semua dah mengeluh
"apak pukul berapa nak start ni kang lelama pukul 12 baru nak start"
"ontah lah den pun tak tau ramai lagi yg tak sampai ni"

Ok last-II jalan pun aktiviti nya,aktiviti pertama yg di jalan kan oleh bebudak ni
BOWLING PANTAI








Selasa, 11 Mac 2014

* SELAMAT PENGATIN BARU SAYANG... *

7/02/2014 selepas solat jumaat majlis akad nikah berlangsung syukur semua nya berjalan lancar.Majlis siapa?siapa yang bernikah?aku ke?
Saat menaip harini genap setahun kami bercinta,tetapi atas ego aku dia memilih untuk berkhawin dengan wanita yang sudah bersedia bergelar ISTERI di sisi dia yang mampu pack baju dia bekalan dia bila outstation dan aku?masih meneruskan kehidupan seperti biasa dan hubungan kami?kami masih seperti dulu atas dasar apa kami sendiri tak tau.

Banyak soalan yang di tanya pada aku "wei kau tak rasa sedih ke?kau tak terkilan?"
Serius aku cakap bila aku dapat call "yunk..abang akan berkhawin.abang harap sayang tak menyesal dengan apa yang abang buat." aku tak rasa apa-II betul lah kata orang tua-II kalau jodoh tak ke mana dan kalau seru jodoh kita dah datang ia akan datang.

Time dia sibuk buat persiapan khawin aku sibuk dengan hal aku nak hadapi Mes.agung aku dah tak boleh nak fikir itu ini aku hanya fokus semua kefokusan aku pada MA je.3 minggu sebelum nak MA aku dah jarang hubung dia,memasing pun sibuk dengan hal memasing kan.

Dia nikah jumaat MA aku hari rabu jadi aku memang dah tak fikir ape-II pun,sedangkan mesej dan call dari dia bertalu-II,nak minta aku datang berlari time dia nikah macam cerita tv tu?serius aku takan buat camtu.Kalau betul jodoh aku dia akan datang semula jika bukan biar lah dia bahagia kan.

Selesai MA aku tengok mesej kat wassap punya lah banyak dari dia,DP wassap?aku tak terkejut lansung gambar dia dengan wife dia atas pelamin.Cuma aku terkejut dia khawin pakai apa yang kita orang pilih dulu terharu mungkin dia teringin nak pakai bersama aku tapi tak kesampain...

Bermain kayu tiga mungkin bagi aku ia agak simple tapi orang lain kata "kau ni tak baik mainkan perasaan orang",yes aku bercinta dengan HARITH dah 7 years tahun ni tapi masa anivesary aku dengan HARITH ke 6 dia hadir tanpa di duga bermula dengan hal kerja melangkah ke percintaan dan di akhiri dengan dia berkhawin dengan wanita lain.HARITH masih setia menanti aku kan jadi aku tak rugi apa-II,aku masih belum bersedia bergelar HOUSEWIFE kepada mana-II lelaki!!7 years tak cukup lagi ke orang tanya bagi aku kalau bercinta 100 years tapi seru belum sampai belum lah bodoh.

Dan di saat aku menaip..aku berusaha menjauhkan diri dari SUAMI ORANG!!!!
aku taknak gangu MASJID orang aku wanita dan wife dia wanita jadi aku faham hati seorang wanita,hakikat ny aku boleh meninggal kan segala memory kami tapi kalau aku sorang je berusaha pihak dia tidak camne?denga family dia yang memekak everyday tanya khabar...sedar tak yang dia dah berkhawin dan aku perlu lalui hidup jangan lah beria sangat nak aku join family dia tapi hati wife dia terluka.Jangan fikir kepentingan diri sendiri fikir hati orang yang bakal terluka.

MY EX...TERIMA KASIH SETAHUN YANG KITA LALUI.SAYA HARAP AWAK MELUPAKAN SAYA  DAN JAGA WIFE TAU NANTI DAPAT BABY BAGI TAU.

MY LOVE HARITH TAHNK YOU SO MUCH X 10 UNTUK 7 YEARS DAN AYANG AKAN DATANG,MASIH BERTAHAN DENGAN KEDEGILAN,KENAKALAN,KECURANGAN,KEEGOAN DAN KE TIDAK SEMPURNAAN SAYA.SAYA SAYANG AWAK TAPI BERI SAYA MASA LAGI UNTUK BERSEDIA FIZIKAL DAN MENTAL UNTU BERGELAR HOUSEWIFE AWAK TAU.

* PUTERI OUTING..TAPI PULANG KE RUMAH *

8/3/2014 - Bangun lambat sebab hari sabtu memang hari aku membuta dengan aman...celik mata on tv rumah sepi.Oppppps lupa mak pergi SGS jemput adik sebab dia outing tapi PUTERI gedik tu sibuk nak balik rumah nak mandi rumah lah dia kata,cepuk juga lah kang kan.

Bangun dengan air liur basi nya capai nasi lemak+rendang ayam+nescafe,abah masuk rumah "hah bangun terus makan ish budak ni!".Senyum je lah kan.Pastu baring balik kat katil sambil layan tv dan berita tentang MH370.Tetiba bunyi macam kereta drift lalu tepi tingkap bilik tu...mak rupanya dengan PUTERI :D

samapi je rumah terus kejar mesin basuh si PUTERI kesayangan kami,washing baju dia yang seminggu tak berbasuh tu hapak wei HAHAHA.Pastu mula lah memekak "ijep...ijep..ijep.." raba tetek aku,buntut aku kacau aku lah tarik aku lah nasib baik adik kalau tak aku terbalik kan kau.

Pastu makan tengahari kak long balik,siap makan kita orang lepak belakang rumah best gila angin kat belakang rumah dah lah redup.Tak lama lepas tu jam pukul 3:45 mak call suruh balik siap-II nak hantar PUTERI kami balik ke SGS,serius sekejap nya masa kami 3 beradik.

OTW ke SGS mula-II aku drive pastu mak memekak "angah bagi mak bawa takut mak tengok angah drive" aku rasa aku dah habis slow dah bawa kereta tu dia soh aku bawa 60km/j ke?target samapi sekolah adik 6 pm kalau lambat camno?kami dah BERMONOPOD HAHAHAHA.

Lepas hantar adik ke SGS pergi GIANT shoping barang-II sikit nak buat kek dengan popia.Tengah shoping mak ajak makan kat UNCLE JACK,tak tau lah kedai tu owner dia cina or melayu kalau melayu aku tinggal kan KFC lepas ni melantak je kat situ tapi klau cina kadang-II je lah pergi ye nanti.

Siap beli barang semua terus balik...

Isnin, 10 Mac 2014

* MH370..PLEASE COME BACK *

8/2/2014 - Sedia maklum hari sabtu adalah hari untuk aku tidur selama mana yang aku mahu :D tetapi di kejut dengan panggilan bos seawal 10:45 am "Salam billa,pejabat kosong mana staff semua?kau katne?sape kerja harini?kunci office kat sape?" banyak soalan pula bos ni kan dah lah kacau cuti aku HAHAHA "saya cuti,kunci kat bendahari,saya dan ka ram" "office tak berkunci,kosong...kau demam ke?" "a'ah cik.." "ok lah".Sebenar nya takde pun demam suara bangun tidur je tu HAHAHA.

On wechat..dapat bad news PESAWAT MASA MH370 hilang?but masa tu tak yakin sebab malaysia tak keluar lagi berita tu.Tapi dengan yakin buka je TV terus AWANI tau,sebab AWANI tak macam TV3 kena tunggu jam 1:30 or malam kan.

Bila dengar berita tu serius sedih gila,bayang kan hilang tanpa dapat di jejak?jatuh?meletup?di rampas?patah balik?tapi mana?kalau jatuh akan timbul juga,meletup mana serpihan nya,di rampas tak di hubungi,patah balik ke mana ia pergi.Orang yang pandai pun buntu mana pergi nya.

Selepas sidang media kita satu dunia di beri maklumat ada penumpang yang mengunakan pasport palsu?FBI turut masuk campur kerana terdapat rakyat dia,yes itu yang terbaik.Selepas itu kita di maklumkan menjumpai tompokan minyak di laut VIENTAM tetapi bukan milik pesawat dan pagi ni kita di kejut kan dengan serpihan pesawat tetapi bukan!!!!

Alhamdulilah negara jiran semua bagi bantuan itu balasan nya bila kita bantu mereka dahulu.Saat Datin Rosmah bertemu waris penumpang air mata yang di keluarkan iklas kerana hati seorang ibu dia memahami,beliau juga prihatin.

"YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PENCARIAN MH370,SELAMAT KAN SEMUA PENUMPANG.KETEMUKAN KAMI SEMULA,ANDAI IA MUSNAH TEMUKAN KAMI DENGAN JASAD NYA,ANDAI TENGELAM TIMBULKAN DAN ANDAI DI RAMPAS HUBUNGI KAMI.KAMI BUNTU YA ALLAH KESIAN KAN LAH AHLI KELUARGA MEREKA.AMIN"

Keperhatitan rakyat malaysia di puji walaupun kita berbeza bangsa dan agama dan juga negara kita tetap bersatu untuk mendoakan mereka pulang.Sejuta syukur tiada ahli terdekat yang terlibat namun perasaan sedih tetap ada,berat mata memandang berat lagi bahu yang meminggulkan.

MH370 KAMI SEDUNIA MENANTI DENGAN HARAPAN YANG TIDAK PUTUS...PLEASE COME BACK.

Khamis, 6 Mac 2014

* MELAWAT ADIK KAT SGS *

PRAAAAAPPPP!!!!Beria sangat pehal kan,ok ni PUTERI kami dunia/akhirat.Bakal doktor atau jurutera tau????hah time tu bila dia balik raya lalu kat dalam kampung naik kereta ALPHA tau bukan kereta jenama PROTON tau..bangga dengan barangan jenama malaysia tapi yang tu dia bagi mak/abah pakai pergi toreh getah je HAHAHAHA canggih kan.

1/3/2014 - Buat pertama kali nya kaki aku ni jejak ke sekolah SGS..SGS pe benda tu?SCINCE GIRL SCHOOL SEREMBAN,sekolah tu baru je di buka kat malaysia tak silap aku dan adik aku batch pertama yang masuk sekolah tu SGS sama level dengan SASER/TKC budak pandai je tau sekolah pe kan?

Janji dengan dia pukul 11:00 AM kami akan terpacak depan pintu pagar dia dan kami sampai tepat pada masa nya.Bawa kereta 2 biji mak/abah satu kereta aku/kak long satu kereta,macam biasa aku yang drive sebab kak long kalau bawa kereta comfirm terpadam-III HAHAHA mak selalu cakap "kak long tak cekap!".Selalu kalau pergi mana-II bawa 2 kereta abah/mak akan follow belakang sebab takut aku drive lelaju,tapi time pergi melawat adik abah boleh tinggal kan aku jauh kat belakang puas aku kejar tak nampak pun kereta abah kat depan,"excited bebenor abah/mak nak jumpa adik...HAHAHA" kak long cakap.

Sampai kat gate SGS mak buat pendaftaran sebab card nampak mak,pergi kat dorm adik dia dah terpacak sama dengan tiang jejantas kat bawah dorm dia sambil menyegih nampak brace gigi dia HAHAHA.Dengan segera dia buka pintu kereta abah sambil jerit kat kekawan dia "mee goreng mamak oi!!!jangan jeles".Pastu aku tekan "HON....HON...ijep naik sini lah!!!!"  aku rasa dia memang tak nampak yang ada sebiji kereta lagi kat belakang kereta abah sebab dia memang nampak mak/abah je,rindulah katakan.

Cari wakaf nak duduk banyak ngak wakaf kat SGS tu,adik dengan selamba turun tak bawa apa-II hangin je aku tapi bila fikir balik biar lah.Mak bawa makanan macam adik dah tak makan seminggu kau tau!!!!Dia bawanya MEE GORENG MAMAK-2,BURGER-2,NASI,LAUK,HOTDOG&AIR aku pula KFC yang bucket pastu tambah itu ini semuanya 150??di sebabkan adik aku belikan je lah nak burger zinger lah apa lah masa kak long beli sos aku soh kak long beli roti butterscort untuk adik dari sebelum nak masuk asrama dia soh beli tapi aku asyik lupakan jadi aku tunaikan.

Masa makan tu memang adik makan beria kebulur dah adik aku HAHAHA masa makan dia cakap lah "kurus tak adik?adik dah berapa ari tak makan nasi..makanan kat sini macam hospital,nasi dia letak ubat tu yang tak sedap adik makan lauk je.Biskut adik pun daha habis,mineral water tinggal 4 botol je".Selesai makan janji dengan adik nak round-II sekolah dia last-II tak jadi dek sibuk nak tangkap gamabar macam lah adik aku tu tak jumpa lagi.

Muka baget macam comel je kau adik HAHAHA dah alam kan kita tak bergambar..lama????bukan sebelum nak pergi masuk asrama kita dah snap gambar kan HAHAHAHA
konon nak bangga dengan name tag SGS sekali pakai t-shirt SMKTH 

Abah baget cool je nak balik menangis HAHAHA...mak masa tu tengah bebel bagi ceramah kat adik dari A-Z adik menangguk kan je lah

Ok besok 8/3/2014 nak ambil adik outing bawa balik rumah buat kek pastu 4:30 pm antar balik SGS semula.


Ahad, 23 Februari 2014

*ADIK...PERGILAH*

KAMI BAKAL BERPISAH
KAK NGAH,ADIK&KAK LONG


24/02/2014 - Hari terakhir adik ada di hadapan kami sebelum ia berjauhan dari kami sekeluarga untuk menuntut ilmu.Kami di lahir kan dalam keluarga yang sempurna dan bahagia namun demi cinta-II dan kerjaya kami terpaksa berjauhan untuk masa depan...adik (depan) akan di daftar kat ke sekolah SBP Sekolah Sains Perempuan.Kata dia pada kami "adik nak jadi engineer macam Pak Lang jojo sampai ke London dia pergi".Insyallah adik doa kami sekeluarga sentiasa bersama adik....

Lepas ni takde sape dah nak teman kan kak ngah pergi jamban tengah malam,makan tengah malam,spin baju tengah malam,whatsapp gambar hantu tengah malam kat angah dan yang paling kak ngah rindu takde sape dah nak buat kan kak ngah nasi goreng.Kita bertiga tak pernah jauh paling lama pun 2 minggu je lepas tu kita dah sibuk nak balik jumpa mak/abah kita.

Kak ngah tahu kadang kak ngah banyak abaikan adik bila dah kerja tapi percaya lah kak ngah kalau boleh nak 24 jam ada dengan adik tapi tak boleh kan?kak ngah dah besar tapi kak ngah lah yang paling kecil dalam adik beradik kita kak ngah tak mampu nak hidup tanpa adik dan kak long :'(

Kak long akan berkhawin tak lama lagi harapan kak ngah kak long tetap duduk dengan mak/abah...walaupun tak jauh tapi susah lah nak hidup tanpa korang!!!

"kak ngah kena cari kehidupan kak ngah sendiri..one day kak long akan berkhawin dan bella akan pergi juga dengan orang yang dia sayang.mak cik/pak cik akan tua dan akan tinggal kan kita kat dunia"

Puput selalu cakap dengan angah macam tu,tapi kak ngah taknak apa pun berubah antara kita.Yup semua orang akan berkhawin,tapi untuk kak ngah biar lah kak long selesai kan hal nya dan adik biar lah adik sampai ke U kak ngah nak tengok adik kak ngah kat atas stage memegang segulung kertas yang buat mak/abah menangis dengan rasa bangga kami bercakap "itu adik kami....anak mak/abah!!!!!!"

Kak ngah tak minta banyak pada along dan adik....untuk kak long jaga diri bila kat tempat orang,jaga rumah tangga yg bakal kak long bina,kalau ada masalah kak ngah sentiasa ada untuk mendengar dan bantu.Untuk adik...belajar sejauh mana yang adik nak insyallah kak ngah sentiasa menyokong adik,bila adik dah berjaya dah kaya nanti jangan lupa kakak adik 2 orang ni tau HAHAHAHA jangan lupa pengorbanan mak/abah untuk kita bertiga.

Kalau arwah wan&atok ada mesti dia tak bagi adik pergi kan,ingat tak masa dik dapat sekolah model khas "tak yah lah pergi dik nanti adik kena basuh baju basuh pinggan tidur sesorang".Arwah wan&atok tetap melihat kita di dunia ni kan....

ADIK SEMOGA ADIK BERJAYA KAT SEKOLAH BARU BUKTI KAN PADA ORANG YANG SELALU MENJATUH KAN KITA YANG ANAK MAK/ABAH MAMPU JADI YANG TERHEBAT DI DUNIA DAN AKHIRAT......IKLAS DARI KAK NGAH COMEI :*