Isnin, 10 Mac 2014

* MH370..PLEASE COME BACK *

8/2/2014 - Sedia maklum hari sabtu adalah hari untuk aku tidur selama mana yang aku mahu :D tetapi di kejut dengan panggilan bos seawal 10:45 am "Salam billa,pejabat kosong mana staff semua?kau katne?sape kerja harini?kunci office kat sape?" banyak soalan pula bos ni kan dah lah kacau cuti aku HAHAHA "saya cuti,kunci kat bendahari,saya dan ka ram" "office tak berkunci,kosong...kau demam ke?" "a'ah cik.." "ok lah".Sebenar nya takde pun demam suara bangun tidur je tu HAHAHA.

On wechat..dapat bad news PESAWAT MASA MH370 hilang?but masa tu tak yakin sebab malaysia tak keluar lagi berita tu.Tapi dengan yakin buka je TV terus AWANI tau,sebab AWANI tak macam TV3 kena tunggu jam 1:30 or malam kan.

Bila dengar berita tu serius sedih gila,bayang kan hilang tanpa dapat di jejak?jatuh?meletup?di rampas?patah balik?tapi mana?kalau jatuh akan timbul juga,meletup mana serpihan nya,di rampas tak di hubungi,patah balik ke mana ia pergi.Orang yang pandai pun buntu mana pergi nya.

Selepas sidang media kita satu dunia di beri maklumat ada penumpang yang mengunakan pasport palsu?FBI turut masuk campur kerana terdapat rakyat dia,yes itu yang terbaik.Selepas itu kita di maklumkan menjumpai tompokan minyak di laut VIENTAM tetapi bukan milik pesawat dan pagi ni kita di kejut kan dengan serpihan pesawat tetapi bukan!!!!

Alhamdulilah negara jiran semua bagi bantuan itu balasan nya bila kita bantu mereka dahulu.Saat Datin Rosmah bertemu waris penumpang air mata yang di keluarkan iklas kerana hati seorang ibu dia memahami,beliau juga prihatin.

"YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PENCARIAN MH370,SELAMAT KAN SEMUA PENUMPANG.KETEMUKAN KAMI SEMULA,ANDAI IA MUSNAH TEMUKAN KAMI DENGAN JASAD NYA,ANDAI TENGELAM TIMBULKAN DAN ANDAI DI RAMPAS HUBUNGI KAMI.KAMI BUNTU YA ALLAH KESIAN KAN LAH AHLI KELUARGA MEREKA.AMIN"

Keperhatitan rakyat malaysia di puji walaupun kita berbeza bangsa dan agama dan juga negara kita tetap bersatu untuk mendoakan mereka pulang.Sejuta syukur tiada ahli terdekat yang terlibat namun perasaan sedih tetap ada,berat mata memandang berat lagi bahu yang meminggulkan.

MH370 KAMI SEDUNIA MENANTI DENGAN HARAPAN YANG TIDAK PUTUS...PLEASE COME BACK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan